.... Kos Penggunaan Jet Mewah Pergi-Balik Sudan RM200 Ribu? | AAKJ



Siapa bayar? - itulah soalan 'femes' yang berlegar di kalangan netizen. Di facebook ianya menjadi perdebatan hangat bagaimana seorang yang pencen dari jawatan Perdana Menteri mampu ke hulu dan ke hilir dengan menggunakan jet mewah bersaiz sederhana. Malah bukan beliau sahaja menggunakan jet mewah seperti naik 'kancil'. Anak cucunya juga turut menikmati kemewahan menggunakan hiway langit.

Adakah Mokhzani dan Mirzan yang menanggung kesemua kos terlibat. Atau mungkinkah kerajaan Sudan yang menurut Mahathir begitu miskin sanggup berhabis untuk beliau dan isterinya ke sana? Mungkinkah ada proksi lain yang membayar kesemua bil-bil berkaitan perjalanan pergi dan balik dari Sudan?

Mungkinkah Mukzriz yang dikatakan mempunyai saham yang besar dalam syarikat telekomunikasi? Kalau Mukhriz yang belanja, bagaimana pula dengan maruah abang-abangnya. Dan akan menjadi sejarah dunia politik negara kalau orang yang kedekut membelanjan orang lain termasuk mak ayahnya.

Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 7 jam dengan saiz jet mewah yang sederhana perlu singgah untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanannya semula dan masa untuk 'parking' adalah 2 jam. Isi minyak jet mewah tersebut bukannya seperti mengisi minyak 'MyV'.

Timbul juga persoalan, apa tujuan Mahathir ke Sudan? urusan perniagaan minyak melibatkan Petronas ketika zaman beliau menjadi pengerusi Petronas dahulu khabarnya rugi berbillion ringgit, betul ke? Atau ada side bisnis yang rakyat Malaysia tidak tahu? Setakat bergambar dengan pemimpin Sudan dan pamirkan di facebook itu hanyalah gimik lawatan seorang yang pencen. Rakyat bukan bodoh.

Mahathir cuba menakluk Sudan atau mengajak Sudan menakluk Malaysia?

Akhirnya di hujung usia, Mahathir menjadi bahan lawak rakyat Malaysia dan bukannya lagi menjadi bahan kajian tahap Berfikir Aras Tinggi!

Soalan KBAT KSSR dari Dr 
Aznil Hisham

Senario :
Pergi demonstrasi sebab kos sara hidup tinggi. Tapi pergi demo naik jet peribadi.

Apakah peribahasa yg sesuai dgn senario di atas?

A. Bagai tupai di sula2.

B. Sedangkan itik boleh berlari, apatah lagi si monyet.

C. Anak di rumah mati kelaparan. Suami orang disusukan.

D. Lain-lain (nyatakan)

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top