.... Konvensyen Pakatan Harapan Pimpinan DAP Malu Gagal Meterai Misi 1 Lawan 1 | AAKJ



Perjanjian kerjasama antara PPBM dan Pakatan Harapan (PH) diketuai DAP yang sepatutnya dimeterai hari ini untuk membolehkan pembangkang berdepan Barisan Nasional (BN) gagal.

Berita yang memalukan itu menjadi perbualan banyak penganalisis politik apabila Konvensyen PH yang dipimpin DAP di sini ditangguh tanpa menyaksikan sebarang pemeteraian kerjasama apatah lagi penyertaan PPBM ke dalam pakatan tersebut.

Lebih lucu, konvensyen julung kali diadakan blok itu selepas Pakatan Rakyat ‘dikuburkan’ DAP tahun lalu juga ‘diboikot’ PAS selain tiada kelibat dua parti pembangkang baharu di Sabah ditubuhkan bekas pemimpin UMNO.

Kedua-duanya iaitu Parti Warisan Sabah yang diterajui Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Harapan Rakyat Sabah dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin memberi alasan konon jadual aktiviti mereka padat di negeri berkenaan hari ini.

PAS pula enggan menyertai konvensyen yang turut disertai DAP tersebut. Parti Islam berkenaan malah membentuk blok pembangkang sendiri iaitu Gagasan Sejahtera yang juga dianggotai oleh Parti Ikatan Bangsa dan Berjasa.

Ia membayangkan usaha pembangkang konon mahu menyaksikan perlawanan 1 lawan satu dengan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang tidak kesampaian, sekali gus bakal memperlihatkan pertandingan tiga penjuru.

Dalam pada itu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap dalam Konvensyen PH yang dipimpin DAP berkata pemimpin parti tersebut bakal bermesyuarat bagi membincang bentuk kerjasama boleh dibentuk antara parti pembangkang.

“Jangan pula anggap saya takut atau ‘cold feet‘ dengan perjanjian ini. Kami minta tangguh kerana pihak pimpinan PPBM masih perlu bincang. Kami setuju dengan hasil mesyuarat yang diadakan antara presiden parti pembangkang.

“PPBM juga setuju hak dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi kekal selain memastikan hak orang Bumiputera terpelihara, Perjanjian yang akan kita buat ini juga merangkumi komitmen setiap pihak lawan rasuah,” katanya.

Menurut Muhyiddin, PPBM tidak mungkin mampu bertanding secara persendirian dan menang pada pilihan raya umum apatah lagi parti kecil tersebut diketahui belum lagi mempunyai sebarang jentera kempen yang mantap.

“Jika kita tidak kerjasama, PPBM pastinya akan tewas sebelum kita masuk gelanggang,” katanya. Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa teknikal untuk menyelaraskan pembahagian kerusi.

Tambah Muhyiddin, jawatankuasa tersebut boleh membantu PH yang dipimpin DAP untuk mengenal pasti calon terbaik dengan ciri-ciri ‘kebolehmenangan’ selain harus ada ‘war room’ untuk kongsi maklumat terkini dan strategi dirangka bersama.

Kenyataan beliau itu nyata bercanggah dengan Pengerusi PPBM sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap dalam konvensyen tersebut sendiri yang mendakwa mereka sedia menyertai PH yang dipimpin DAP. – Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top