.... Kongsi Gelap Kuasai “Parti Cina” Malaysia? | AAKJ



Parti politik yang bertanding di pilihan raya akan berkata, “Win at what ever cost”. Menang walau dengan apa cara sekali pun. Tidak dinafikan perkara terakhir yang boleh berlaku untuk mendapatkan sokongan adalah dengan cara “memaksa” samada lakukan sendiri atau menggunakan pihak ketiga. Itulah yang menjadi perbualan berkurun di kedai kopi, adakah ‘parti Cina’, MCA, DAP mendapat sokongan dan bantuan dari kongsi gelap?

Kalau dahulunya menurut sumber orang lama dalam politik tanah air, MCA menjaga kebajikan kaum cina secara keseluruhannya. MCA perjuangkan sekolah aliran Cina, MCA menjaga kebajikan persatuan Cina yang wujud di bumi bertuah ini, samada persatuan tersebut berdaftar secara rasmi atau kumpulan yang hidup matinya di bawah tanah – kongsi gelap.

Persatuan yang berasaskan suku-suku dari bangsa Cina itu sendiri juga dikatakan dijaga rapi oleh MCA. Maka keputusan pilihan raya yang sebelumnya ini, rakyat Malaysia boleh melihat sendiri bagaimana MCA menguasai sokongan dari bangsa Cina dan DAP tidak mampu untuk menembusi sokongan tersebut:

PRU tahun 1982 DAP menang 9 kerusi berbanding BN dengan 132 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 29 kerusi.

PRU tahun 1986 DAP menang 24 kerusi berbanding BN dengan 148 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 22 kerusi.

PRU tahun 1990 DAP menang 20 kerusi berbanding BN dengan 127 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 23 kerusi.

PRU tahun 1995 DAP menang 9 kerusi berbanding BN dengan 162 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 37 kerusi.

PRU tahun 1999 DAP menang 10 kerusi berbanding BN dengan 148 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 35 kerusi.

PRU tahun 2004 DAP menang 12 kerusi berbanding BN dengan 198 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 41 kerusi.

PRU tahun 2008 DAP menang 28 kerusi berbanding BN dengan 140 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 17 kerusi.

PRU tahun 2013 DAP menang 38 kerusi berbanding BN dengan 133 kerusi. MCA dan Gerakan perolehi 8 kerusi.


Dari keputusan Pilihan Raya Umum di atas, bangsa Cina seperti sudah hilang sokongan kepada MCA atau ada unsur lain yang menakutkan pengundi?

Ada pendapat mengatakan MCA hilang sokongan kerana pemimpin mereka sendiri bercakaran dalam perebutan pucuk pimpinan No1 parti. Ada juga pandangan mengatakan pemimpin MCA seperti sibuk mengejar keselesaan dan kemewahan dan menyerahkan kepada UMNO dan MIC sahaja untuk memenangkan Barisan Nasional. Sikap tidak perlu berusaha kuat kerana semua akan dibuat oleh komponen yang lain di dalam BN untuk mengharungi setiap pilihan raya termasuk pilihan raya kecil.

Sikap MCA yang begitu menyebabkan mereka dilihat sebagai tidak mempedulikan lagi tentang bangsa mereka sendiri. Kerajaan BN akan jaga bangsa Cina, jadi untuk apa MCA bersungguh untuk menjadi jaguh bangsa?

Bayangkan, warga sekolah Cina, persatuan Cina mengikut suku, media Cina dan gerakan bawah tanah/kongsi gelap tidak lagi menjadi keutamaan MCA. Siapa yang akan mengambil peluang keemasan ini kalau bukan DAP. Anda boleh bayangkan antara “warga” yang disebutkan itu, golongan atau kumpulan manakah yang menguasai semua kelompok tersebut? Bukankah kumpulan bawah tanah, kongsi gelap? Jangan ingat mereka tidak memerhati situasi politik negara ini, mana yang menguntungkan mereka maka di situlah mereka akan bertenggek pada awalnya dan akhirnya mereka akan menguasainya. Mustahil?

Cuba anda lihat video di dalam youtube ketika isu “Bas bawa bangla” di pilihan raya umum tahun 2013. Perhatikan siapa yang memekak menahan bas, siapa yang begitu ketat ‘menjaga’ pusat mengundi agar kononnya berjalan dengan baik tetapi sebaliknya membuka ruang petugas DAP berkempen secara haram di dalam kawasan tersebut.

Suasana tegang siapa yang ciptakan dan suasana yang menakutkan ini siapa yang ketuai? Ketika itu petugas MCA seorang pun tidak nampak batang hidung. Kesemuanya diserahkan kepada UMNO walaupun calon di kawasan tersebut adalah dari MCA. Seperti ada yang mengeluarkan arahan supaya jangan hantar petugas MCA pada hari tersebut.

Contoh paling jelas juga, bagi DUN Subang Jaya pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, calon MCA kalah teruk padahal PRU sebelumnya, 2004, DAP tidak meletakkan calon kerana ‘takut’ bakal kalah disebabkan Subang Jaya adalah kubu kuat MCA selama bertahun-tahun. Kenapa pola sokongan dari kaum Cina di Subang Jaya berubah 360 darjah. MCA seperti hilang kesemua penyokong atau pengundi mereka.

Bagaimana MCA hendak bangkit dari situasi yang menyedihkan ini? Sudah hilangkah sentuhan terhadap kelompok tunjang bangsa sendiri? Atau sudah menjadi Barua DAP?

Mungkin MCA perlu muhasabah diri dalam senario politik negara terkini. Adakah mereka bersama Barisan Nasional atau bersama DAP? Keputusan perlu mereka lakukan memandangkan Barisan Nasional memerlukan kerjasama erat dan ikhlas dari semua komponen mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top