.... Kenapa Dulu Kita Boleh Subsidi, Sekarang Tidak Boleh? | AAKJ



1. Secara asasnya, subsidi ialah kepada pihak yang memerlukan bukan kepada peniaga. Kerajaan telah memberi subsidi secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah melalui BR1M.

BR1M bukan bertujuan menggantikan pendapatan atau mengkayakan anda, tetapi untuk membantu meringankan perbelanjaan kumpulan berpendapatan rendah yang terjejas akibat rasionalisasi subsidi.

Dengan kata lain, BR1M ialah subsidi secara langsung kepada rakyat berbanding kaedah dulu beri kepada peniaga tetapi inflasi tetap berlaku.

2. Memang benar kerajaan kutip GST. Tapi kos pengurusan kerajaan juga meningkat dengan drastik. Misalnya jumlah sekolah, IPTA, hospital, klinik, jalan raya meningkat berkali ganda berbanding tahun 1990-an.

Semua ini harus diurus dan dibiayai oleh kerajaan. Kos perubatan juga telah meningkat dengan tinggi dan kerajaan perlu memastikan ini diutamakan.

Adakah anda mahu mengatakan subsidi minyak masak, petrol dan gas lebih penting dari perkhidmatan kesihatan murah dan percuma?

3. Penyokong Tun Mahathir yang banyak melalak hal subsidi dulu boleh, sekarang tidak boleh ini mohon hadam:

a. Banyak perjanjian tol yang dibuat pada zaman Mahathir dirangka dengan kenaikan setiap 3 tahun dalam jumlah yang tidak masuk akal. Apabila kerajaan tidak benarkan kenaikan atau hanya benarkan kenaikan minima, kerajaan perlu bayar pampasan kepada syarikat tol. Ini menelan berbilion ringgit wang kerajaan.

b. Kerajaan perlu bayar sekitar RM 1.5 bilion kepada Petronas setiap tahun kerana menyewa Putrajaya. Ya! Putrajaya dibina oleh Mahathir ialah secara berhutang bukannya menggunakan wang kerajaan semasa itu.

c. Kerajaan juga perlu membayar banyak projek-projek pembangunan yang dibuat pada masa lalu secara PFI.

Ambil perhatian, saya tidak kata cara Mahathir itu salah. Beliau mahu mempercepatkan pembangunan negara maka pembangunan oleh swasta perlu dilakukan.

Cuma saya minta penyokong Mahathir jangan "berlagak suci" seolah-olah Kerajaan Najib Razak gagal sedangkan banyak isu sekarang timbul akibat pembangunan lampau dan perjanjian yang memberi akibat kepada kerajaan hari ini.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top