.... iPhone 6: Antara Nyawa, Syukur Dan Kerajaan Zalim | AAKJ



Senario 1

Seorang bayi 3 bulan, warganegara, jatuh dari tempat tinggi. Bawa ke hospital. CT scan done. Pendarahan yg besar. Neurosurgeon kata very poor prognosis. Bagi tahu pada parent. Parent tiada pilihan, mohon AOR dan bawa anak kecil itu balik. Tiub pernafasan di cabut.

Berjurai air mata si ayah & si ibu. Mereka akan kehilangan permata yg mereka sayang.

Senario 2

Pemuda, 20 tahun. Warga asing. Mengalami kemalangan. BP dropping. CT done. Aortic injury (active bleed).

Beri tahu waris. Kos juga dinyatakan. Sangat tinggi. Waris tak berkemampuan. Minta bawa balik anak mereka walaupun sudah beritahu risikonya - kematian.

Waris tiada pilihan. Mereka mmg tak berkemampuan. Mereka juga perlu teruskan kehidupan.

Senario 3

Seorang isteri (bukan warganegara), Disyaki mengidapi barah. Bagi tahu pesakit, perlu dapat rawatan susulan di KK.

Pesakit setuju. Kos yg tinggi namun disebabkan suami warganegara, beliau dapat jaminan suami. Beliau kata, tak kesah sejauh mana pun dihantar, tetap akan pergi utk dapatkan rawatan.

Senario 4


Seorang warganegara. Buat CT brain. Didapati seperti ada ketumbuhan di kepala. Nasihat utk dapatkan pemeriksaan MRI di KK

1001 soalan ditanya. Salah satu, siapa nak tanggung kos perjalanan dia ke KK? Kami diam.

Dia ambil iphone 6 dari poketnya dan hubungi seseorg dgn nada yg marah.

#Kesimpulan.

Ini senario yg aku lihat sendiri. Dan berlaku dimana2.

Tika mereka diberi nikmat kesihatan yg lebih baik dari org lain - mereka kufur.

Tika mereka diberi nikmat kesenangan yg lebih baik dari org lain - mereka kufur.

Kadang kala terfikir, Ada baik rakyat Malaysia yg kufur nikmat ini tidak perlu diberi kemudahan seperti skrg.

At least mereka boleh berfikir dan tahu erti bersyukur.

Bukan 24 jam berzikir "kerajaan zalim.. Kerajaan zalim.. "



Dari Facebook Aznil Hisham





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top