.... Hukuman Terhadap Pasangan Buli Pegawai MBSA Terlalu Ringan - Peguam Negara | AAKJ



KENYATAAN MEDIA

RAYUAN TERHADAP HUKUMAN YANG TELAH DIJATUHKAN TERHADAP

ENCIK LOR KA HOO DAN PUAN TAN SIT FUN ATAS SABITAN DI BAWAH SEKSYEN 353 KANUN KESEKSAAN

Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang. Ini adalah kerana perbuatan sedemikian adalah merupakan suatu kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua (2) tahun penjara atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Berikutan perbuatan Encik Lor Ka Hoo dan Puan Tan Sit Fun yang telah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan seorang pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) daripada menjalankan kewajipannya, kedua-dua tertuduh ini telah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman penjara selama empat belas (14) hari dan denda sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM 3,000.00) dan jika gagal bayar, penjara 7 hari masing-masing oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.

Jabatan ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadap Encik Lor Ka Hoo dan Puan Tan Sit Fun adalah terlampau ringan (manifestly inadequate) berbanding kesalahan yang telah dilakukan. Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada kedua-dua mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan ini.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara telahpun memfailkan rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadap Encik Lor Ka Hoo dan Puan Tan Sit Fun pada 25 November 2016 (Jumaat) yang lalu, iaitu pada hari yang sama hukuman dijatuhkan.

TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI

PEGUAM NEGARA MALAYSIA

28 November 2016

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top