.... Himpunan 19 Nov: Polis Keluarkan Amaran Keras | AAKJ



Jangan marah dengan pihak polis apabila mereka mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang semasa perhimpunan BERSIH5 dan Baju Merah, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan peringatan itu ketika bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Kerjasama Latihan Aseanapol Ketujuh (APCTM) di Cheras hari ini.

"Sudah tentu kami bersedia (menangani himpunan).

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa semua pihak perlu mengikuti undang-undang dan tidak marah dengan kita apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengikut undang-undang, sama ada kuning atau Baju Merah," kata Khalid.

BERSIH merancang untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu ini, manakala Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengetuai Baju Merah, berikrar akan mengadakan himpunan balas pada hari yang sama.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top