.... Harta Mewah Adam Kebanyakan Atas Nama Isteri? | AAKJ



Dari sumber:

1. Rafizi Ramli hari ini menasihatkan Ketua AMK PKR Ampang, Dato' Adam Rosly yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa supaya mengisytihar semua hartanya secepat mungkin. Naib presiden PKR itu berkata, ia adalah perkara betul yang perlu dilakukan Adam bagi mengelakkan “pembaziran masa semua orang”.

2. Bagaimanapun PKR mula bercanggah pendapat apabila Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membela anak ikannya Adam dengan berkata gesaan Rafizi itu disifatkan sebagai tidak logik

“Jawatan Adam hanya sebagai ketua pemuda PKR Ampang. yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.

“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?”

4. Apakah Zuraida MP Ampang takut skandal kenderaan mewahnya sebelum ini terdedah sehingga mampu memiliki kenderaan mewah serta pemberian kenderaan "taukeh".




5. Bangkai tutup dengan nyiru tetap terbuka. Hakikatnya semua tahu Adam adalah budak dan pegawai khas Zuraida sejak dahulu. Lantaran itu Perang mulut sudah bermula akibat terdedahnya kekayaan luar biasa Adam Rosly pegawai khas Zuraida Kamaruddin MP Ampang itu yang juga rapat dengan Azmin Ali MB Selangor. Sejak dahulu sudah didedahkan Zuraida monopoli projek PBT Selangor. Terbongkarnya kekayaan Adam menunjukkan Zuraida membentuk Adam sebagai proksi utamanya. Lantaran itu Zuraida melenting dengan kenyataan Rafizi Ramli.

6. Pendedahan rumah Banglo Disneyland Adam turut membuka kepada pendedahan rumah lain Adam di Presint 14 Putrajaya bernilai RM 2 juta dan Ampang Saujana Elite RM880 ribu. Rumah Adam mungkin mencecah hampir 5 juta keseluruhannya.

7. Hari ini Adam juga telah menutup sementara atau 'private' Instagram beliau yang banyak memaparkan kehidupan mewahnya. Rumah, kereta dan gaya hidup!Bagaimanapun Captain M sempat menyimpan beberapa maklumat penting.

8. Semakan dan risikan mendapati kenderaan mewah yang ditunjukkan Adam dalam instagramnya seperti Mercedes, BMW, BMW Z4, Range Rover, Mini Copper, Villfire dan lain-lain lagi bukan atas nama Adam Rosly tetapi nama isteri, 'taukeh' dan individu tertentu.



7. Ini adalah punca mengapa Zuraida pertahankan Adam dan Adam tidak mahu mengisytiharkan harta kerana harta bukan atas namanya. Menjadi persoalan apakah Istana Disneyland Ampang itu atas namanya? begitu juga Rumah Semi D di Putrajaya dan di Ampang Saujana Elite. Semua boleh berlaku melainkan Adam Rosly mengisytiharkan hartanya.

Mari kita lihat satu persatu kenderaan mewah milik Adam Rosly yang beliau gayakan dalam media sosial.

i. Mercedes CLS 350 - WA185P










Penama adalah seorang Cina berasal dari Perak bernama Lee Kok Heng. Tiada rekod dalam Semakan SPR. Siapa Lee Kok Heng ini? taukeh? rakan kongsi? mengapa kereta beliau ada pada Adam Rosly untuk beliau banggakan dalam media sosial dan menunjuk kepada rakyat

ii. BMW Z4 3.01- WNT 789




Penama adalah seorang berbangsa Cina bernama Lam Yoke Fong berasal dari Shah Alam Selangor. Siapa wanita ini? Taukeh? rakan niaga? adakah ini rasuah atau hadiah kerana dapat projek PBT Selangor? Tiada rekod dalam Semakan SPR. Dalam media sosial kelihatan Adam Rosly bergaya dengan kenderaan in.




Adam bergaya dengan BMW Z4 ini ketika melawat projek PBT MPAJ. Ini projek bawah Zuraida MP Ampang

iii. Range Rover Evogue - WC171J


Setakat ini, kenderaan mewah ini atas nama Isteri Adam Rosly yang juga mengundi di Parlimen Ampang. Puteri Balqis Omar.








iv. W171V- Didaftarkan atas kenderaan Honda Jazz 1.5 tetapi dipasang pada Vellfire.



Penama atas nama Mohd Fadhli bukan atas nama Adam Rosly. SIAPA DIA?

V. LAIN-LAIN


Belum diketahui milik siapa. Adakah milik Adam
atau taukeh?










8. Jika Adam Rosly seorang yang berani dan merasa tidak bersalah mengapa dia privasikan akaun instagramnya yang memaparkan gaya hidup mewahnya?. Malah ketika wartawan datang ke rumah Disneyland itu semua kereta mewah itu disembunyikan oleh Adam. Adam takut?

Tak mungkin taukeh perabot export import ni takut harta kekayaan yang dimilikinya. Selagi Adam sebagai Ketua AMK Ampang tiada masalah untuk dia isytiharkan harta.


AAKJ: Mak Lampir pun sama juga ya..kereta atas nama orang lain!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Adam Rosly terlampau riak. Asyik menunjukkan Kejayaannya di media sosial

      ReplyDelete

     
    Top