.... Gangguan Seksual: Husni Tidak Jawab Tuduhan Raja Petra | AAKJ



ISU ganguan seksual dan projek sambungan lebuh raya RM2 bilion anak bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mewarnai skandal beliau beberapa hari yang lepas.

Raja Petra melalui portal Malaysia Today mendakwa “Husni telah banyak kali dituduh melakukan gangguan seksual. Banyak laporan telah dibuat terhadap beliau daripada wanita yang menuduhnya meraba buah dada dan punggung mereka. Dia juga tidur dengan isteri orang. Dan kini rahsia-rahsia tersebut akan kembali menghantui beliau kerana dia berpura-pura beliau adalah seorang lelaki yang alim padahal dia sebenarnya adalah miang dan bangsat”. Raja Petra telah membuat tuduhan yang berat.

Namun Husni Hanadzlah enggan memberi sebarang ulasan berhubung tuduhan Raja Petra tersebut. Beliau ketika ditemui tidak mahu berkata apa-apa mengenai tuduhan itu.
“Sudahlah…tak mahu, tak mahu..tak payahlah cerita (mengenai tuduhan) itu,” kata Husni.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Ceramah Khas Bersama Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bertajuk ‘Kepentingan Tadbir Urus Yang Baik Dalam Pengurusan Kewangan Negara’ anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di Space U8 di sini.

Husni dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri tidak melantiknya sebagai Menteri Kewangan sebelum ini. Malah Najib berhasrat menukarkan beliau ke kementerian yang mana beliau menganggap perkara itu sebagai tindakan penurunan pangkat daripada jawatan Menteri Kewangan II.

Sebelum ini, Ahmad Husni didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Polis akan mengambil keterangan dalam masa terdekat yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan baru-baru ini. Mereka akan membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

Siasatan dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top