.... Foto Lelaki Dihukum Pancung Sertai Protes Antikerajaan | AAKJ



Arab Saudi berhasrat melaksanakan hukuman pancung ke atas seorang lelaki kelainan upaya (OKU) selepas didakwa menyertai perhimpunan antikerajaan, lapor sebuah kumpulan hak.

Mahkamah Jenayah Khusus Rahsia di Riyadh menjatuhkan hukuman mati ke atas Munir al-Adam atas dakwaan melakukan serangan ke atas polis dan kesalahan lain ketika demonstrasi di Wilayah Timur pada tahun 2011.

Pemuda berusia 23 tahun itu separa buta dan pekak ketika ditahan pihak berkuasa Arab.

Dia bagaimanapun mengakui kini benar-benar pekak di sebelah telinga akibat dipukul dengan kejam oleh polis ketika dalam tahanan.

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom (UK), melahirkan kebimbangan mendalam terhadap kes Adam. Pengarah Pasukan Penangguhan Hukuman Mati, Maya Foa berkata seperti ramai yang lain, Munir ditahan kerana menghadiri protes dan diseksa sehingga terpaksa mengaku.

Wilayah Timur sering menjadi lokasi tumpuan demonstrasi aman sejak Februari 2011. Penunjuk perasaan antara lain menuntut reformasi, kebebasan untuk bercakap, pembebasan banduan politik dan pengakhiran diskriminasi ekonomi dan agama terhadap negara pengeluar minyak itu. - Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top