.... Cara Buat Laporan Aktiviti Sorok Minyak Masak | AAKJ






Isu kenaikan harga minyak masak ini menjadi bualan netizen sejak akhir akhir ini. Ada beberapa pihak yang tidak bertanggjawab yang mula mengambil kesempatan dengan menyorok minyak. Rata rata netizen mula tidak senang dengan situasi ini.

Terpanggil untuk menyelesaikan permasalahan ini, seorang lelaki di laman Facebook nya berkongsi kaedah untuk membuat aduan. Tak sangka rupanya wujud apps ni. Tetapi, agak kelakar bila percubaan lelaki ini dianggap serius. Hehe. Itu tandanya pihak KPDNKK mengambil serius isu ini.


Tak sangka wujudnya ‘apps’ membuat aduan


Saja ‘test test’ tetapi…


Daripada mengamuk tak tentu hala, baik guna apps ni


Install apps ni sekarang!




Langkah 1: Muat turun aplikasi di Playstore. P/s: Jangan lupa baca sebelum muat turun apa apa aplikasi. #janganmalas




Langkah 2: Daftar Baru, dan Log In.

Langkah 3: Klik pada Aduan Baru




Langkah 4: Pilih jenis laporan, dalam kes ni aku pilih sorok barang kawalan.

Langkah 5: Isi maklumat laporan




Langkah 6: Masukkan maklumat aduan

Langkah 7: Tekan pada logo maps dan dia akan auto tag. Ni smart.




Langkah 8: Ambil gambar, masa aku test semalam tak perlu amik gambar. Kat sini kau dah boleh tekan hantar.

Langkah 9: Kembali ke home dan klik pada semak aduan dah hantar ke belum. Status akan jadi, DITERIMA.
Tersilap besar cuba ‘Test Test’




Aku agak skeptikal akan dihubungi KPDNKK, sebab aku isi memang nak tak nak je..haha. Laporan DITERIMA jadi SEDANG DISIASAT..gulp
Dapat panggilan terus..




Rupa-rupanya aku silap besar..haha

Haa senang kan cara dia ajar? Disebabkan dia berani ‘test’, kita boleh la tahu kaedah yang betul. Tapi korang jangan pulak pergi ‘test’ lagi ye. Mengamuk pegawai KPDNKK nanti. Hehe



Sumber : Khairul Azri

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top