.... #Bersih5: Peserta Kecewa Tidak Mendapat Dedak | AAKJ



Momentum himpunan haram Bersih 5 pada hari ini tidak seperti himpunan haram yang lepas. Kebanyakan peserta keliru tentang 'jadual himpunan' kerana pemimpin parti politik pembangkang hanya muncul lewat tengahari. Mereka semuanya menjadi begitu takut apabila maria ditangkap sehari sebelum berlakunya demostrasi haram ini.

Mat Sabu, Ambiga dan beberapa pemimpin parti pembangkang seperti Mahathir, Muhyiddin dan lain-lain tiba di lokasi himpunan haram berlainan masanya. Malah kelibat pemimpin DAP yang mengetuai Pakatan Harapan juga hanya kelihatan di hujung acara. Itu pun pemimpin besar DAP seperti Lim Kit Siang hanya muncul snap gambar dan hilang kononnya beliau ada datang dan Lim Guan Eng muncul. Wan Azizah langsung tidak berani untuk muncul.

Peserta dengan berat hati terpaksa berjalan kaki ke KLCC dari jalan Tunku Abdul Rahman kerana mereka telah pun menunggu seawal pagi di jalan tersebut dengan harapan mereka memperolehi 'dedak' seperti yang dijanjikan. Harapan hanya tinggal harapan. Mereka menyangkakan Mahathir akan menabur dedak apabila Maria Chin sudah ditahan polis. Namun hampa. Mahathir dengan cepatnya beredar menggunakan kereta mewah sebaik sahaja selesai menabur fitnah. Ambiga awal-awal lagi 'larikan' diri bersama Mat Sabu sejurus selepas berceramah kosong. Mungkin bimbang peserta menyerbu bertanya mengenai habuan yang dijanjikan.

Kepala yang dilantik mewakili zon masing-masing mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan duit sendiri. Sejak awal bocor bahawa Maria Chin terima dana dari Soros dengan jumlah yang cukup lumayan, kumpulan mengikut zon ini mula mendesak agar duit Soros itu digunakan bagi menjayakan himpunan haram pada hari ini.

"Bayangkan petrol dari rumah ke stesen LRT - RM15, parking kereta di stesen LRT - RM4, makan pagi, tengahari dan petang - RM30 dan terpaksa membeli sendiri baju T, topi dan bandana - RM50, cukupkah dengan hanya upah sebanyak RM100 seorang sedangkan Maria mendapat duit dari Soros dengan jumlah menjangkaui USD1juta?" - luah kepala zon Subang Jaya yang membawa 15 orang peserta bersamanya. Beliau turut menambah, wakil rakyat DAP Subang Jaya sekarang sudah sombong. Sejak berpindah rumah di kawasan elit Subang Jaya, Hannah Yeoh seakan jijik untuk turun bersama kami, tambah beliau lagi.

"Bagaimana dengan ketua zon yang membawa pengikutnya dengan jumlah yang ramai?, Maria seperti happy apabila ke dalam dan tidak perlu fikirkan hal kami serta merasakan duitnya dapat bolot seorang diri?" - kepala zon yang hanya ingin dikenali sebagai Hwa Beng.


"Muhyiddin hanya datang berceramah dan Mukhriz bukan sahaja tidak bertanyakan khabar malah lagak bagaikan bangsawan masih tebal pada dirinya. Nak bersalam jauh sekali. Bersih ini hak siapa dan untuk apa sebenarnya?" - tambah Hwa Beng lagi.

Sumber



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top