.... #Bersih5: Gagal, Hanya Mampu Kumpulkan 5000 Peserta | AAKJ



Setakat jam 5 petang hanya lebih kurang 5000 peserta demostrasi haram berlabel Bersih 5 sahaja yang mampu dikumpulkan. Dari jumlah tersebut 90% peserta adalah dari cina DAP. Selebihnya adalah Melayu PKR, PAN, India dan lain-lain suku. Belum termasuk wakil media tempatan dan luar negara serta kekuatan anggota keselamatan yang berjumlah 7000 orang.

Kenapa gagal? Semuanya kerana Mahathir dan bekas-bekas pemimpin UMNO yang dibuang dari parti kerana pelbagai kesalahan. Mereka cuba mengawal pentas ceramah dan menyelia pergerakan peserta demostrasi pada hari ini.

Lagak Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz masih tidak berubah. Masih berwatak bangsawan. Datang kena berjemput dan diiring penuh dengan adat istiadat seorang pemimpin yang bongkak. Tidak sanggup untuk berpanas dan berhujan dengan peserta yang lain. Tindakan mereka seolah begitu jijik untuk duduk bersila di atas jalan bertar.

Akhirnya kerana malu tidak mendapat sambutan, Mahathir mengajak peserta demo 'menyerang' KLCC. Malang berganda, hanya beberapa kerat sahaja dari jumlah itu membontoti beliau yang bergerak dengan kereta mewah. Peserta haus dan lapar berjalan kaki.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top