.... Apa Guna Berpakat Dengan PAS - Tony Phua | AAKJ



“Apa gunanya bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama tapi enggan menentang bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.”

Demikian penegasan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengenai usaha Pakatan Harapan mengadakan kerjasama dengan PAS bagi memastikan satu lawan satu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kata beliau, DAP menyokong rancangan satu lawan satu Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dinaungi Tun Dr. Mahathir Mohamad tetapi sokongan DAP ke atas usaha bukan `sokongan buta’.

“Strategi satu lawan satu mesti berdasarkan prinsip dan persetujuan dasar bersama. Apa gunanya kami bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama, tapi enggan menentang bajet yang dibentangkan Perdana Menteri.

“Apa gunanya kami berpeluk-peluk dengan parti yang ingin menonjolkan kealiman mereka tetapi masih bermesra dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Himpunan Bersih 5 pun mereka `boycott’. Bukankah pendirian mereka dah cukup jelas? Oleh itu, apa gunanya kami (DAP) mematuhi prinsip satu lawan satu tetapi rakan mempergunakan untuk kepentingan sendiri,” katanya seperti terkandung dalam teks ucapan beliau bersempena Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Petaling Jaya hari ini.

Tony Pua berkata, DAP memahami kepentingan satu lawan satu dengan UMNO dan BN tetapi perbingan tidak boleh berterusan sehingga sehari sebelum pilihan raya kerana ia akan melemahkan kesiapaigaan parti-parti pembangkang.

Katanya, jika perbincangan dengan PAS tidak berjaya, Pakatan Harapan 
yang dipimpin oleh DAP perlu membuat keputusan segera untuk meneruskan pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

Menurutnya, Pakatan Harapan 
yang dipimpin oleh DAP tidak boleh menunggu lama persetujuan PAS kerana boleh menjejaskan usaha Parti Amanah Negara (PAN) memperkukuhkan parti mereka.

Beliau turut mengingatkan semakin kuat PAN yang menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang, maka semakin kuat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PPBM.

Justeru, katanya, DAP memberi jaminan kepada PAN bahawa DAP akan memberi sokongan penuh tanpa berbelah bahagi kepada parti itu dan menjaga kepentingan mereka.

“Kami hanya berharap satu hari nanti, bila PAN menjadi sebuah parti yang besar dan berjaya di Malaysia, kami di DAP ini akan terus dikenangi dan tidak akan dikhianati,” katanya.

Selain itu, beliau mengungkit PAS sebagai punca DAP dan parti sekutunya gagal merampas pemerintahan Malaysia kerana mengkhianati dasar bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top