.... Adam Rosly Dipecat Dari PKR? | AAKJ



Berita ini dikeluarkan oleh sebuah blog pro pakatan harapan (klik di SINI) pimpinan DAP. Seperti biasalah, bagi mereka isu yang melanda pihak pembangkang samada rasuah atau salah laku seks dengan pelacur atau isteri orang hanyalah isu peribadi dan kecil sahaja. Malah kalau terbukti melakukan jenayah liwat terhadap pekerjanya sendiri pun asalkan boleh memimpin (skill ceramah je pun) maka jenayah itu juga kecil berbanding dengan kehebatan berpolitik.

Baca apa yang blog tersebut dedahkan:

Untuk tidak memanjangkan kontroversi, satu sumber yang rapat dengan PKR Selangor mengesahkan bahawa dalam mesyuarat yang berakhir sebentar tadi, parti telah membuat keputusan untuk melucutkan jawatan pegawai khas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Adam Rosly berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini diambil, bagi menjarakkan parti dari sebarang kontroversi yang timbul lanjutan pendedahan kekayaannya yang begitu luar biasa sehingga menjadi viral di media sosial.

Apatah lagi, majikan beliau, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, turut pernah dikaitkan dengan pemilikan beberapa kenderaan mewah, termasuk sebuah yang digunakannya tapi tidak didaftarkan atas namanya.

PKR Selangor bimbang, konterversi yang melingkari Adam Rosly ini akan mengingatkan rakyat kepada kontroversi yang menimpa Zuraida sebelum ini dan itu lebih besar masalahnya kerana Zuraida adalah juga Ketua Wanita PKR – berbanding dengan Adam yang hanya menjadi Ketua AMK Ampang.

Dalam masa yang sama, PKR Selangor tidak mahu fokus parti terhadap himpunan Bersih 5 yang akan diadakan Sabtu ini, terganggu dengan kontroversi Adam. Yang sudah tu sudahlah, kita maju ke hadapan kata sumber sama mengakhiri kenyataannya.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top