.... 81,000 Kg Minyak Masak Bernilai RM 550,000 Dirampas Di Seluruh Negara - KPDNKK | AAKJ



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 81,000 kilogram minyak masak dari 38 premis, bernilai RMRM550,000 di seluruh negara sejak 21 Okt sehingga semalam.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata KPDNKK telah membuka 45 kertas siasatan berhubung kesalahan menyorok dan menaikkan harga minyak masak iaitu sembilan kes telah dibawa ke mahkamah.

"Bekalan minyak masak di pasaran kini bertambah baik...Aduan juga berkurangan.

"Namun begitu, penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi dan minyak masak bersubsidi tidak diseleweng," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Sehingga semalam, Iskandar berkata KPDNKK memeriksa 39,544 premis di seluruh negara sejak 21 Okt.

Kini terdapat 253 pembungkus minyak masak dan 25 pengilang di seluruh negara mengeluarkan 50,000 tan metrik minyak bersubsidi.

Berkuat kuasa 1 Nov, harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50 manakala harga minyak masak di dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran.

Sebelum itu, Iskandar menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO) berhubung kenaikan harga minyak masak di sini hari ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top