.... Wartawan Sinar Dapat Dedak Burukkan MB Razif? | AAKJ



ISU KHABAR angin yang telah diviralkan dalam aplikasi whatsapp berkenaan senarai nama calon BN Terengganu telah disambut akhbar tempatan “Sinar Harian” yang dipetik dari laporan portal tempatan.

Menurut mantan Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Raja Arif Raja Ali yang telah menaikan status berkenaan tajuk muka hadapan sinar harian hari ini “Senarai Calon Bocor”.
Katanya, “Ssiang suratkhabar ssinar yg sudah tidak menyinar. Laporan gini pun bubuh muka depan! Hilang credibility dah. Sebab khabar yg main2 oleh pihak yg Nak main2 dijadikan berita mukadepan Sinar”.
Didalam status berkenaan banyak pendapat, pandangan pro dan kontra terutama dalam melariskan jualan pihak akhbar berkenaan.

Justeru itu beberapa tinjauan yang telah dibuat terhadap individu termasuk ahli parti UMNO sendiri berkaitan isu berkenaan.

Rata-ratanya mereka menyatakan kekesalan terhadap akhbar berkenaan yang mana telah menaikkan isu khabar angin itu dijadikan tajuk utama.

Walaupun ianya sudah dinafikan oleh Setiausaha UMNO Terengganu Dato’ Muhammad Pehimi Yusof didalam laporan Berita Harian seminggu yang lalu namun Sinar Terengganu seakan ingin mencari sensasi murahan atau ada tangan ghaib yang "suap" wartawan?

Apakah niat sebenar akhbar berkenaan atau sengaja hendak laga-lagakan pemimpin UMNO atau burukkan nama Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman?





SUMBER

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top