.... Wan Azizah Patut Dikebumikan Di Perkuburan Cina - YDP PAS Padang Serai | AAKJ



Ahli Parlimen Sepang Mohd Hanipa Maidin mengkritik PAS kerana melabelkan pengkritiknya sebagai kafir dan menyifatkannya sebagai tidak wajar.

Hanipa yang juga Ketua Biro undang-undang Parti Amanah Negara (PAN) menyokong kritikan Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mengenai tindakan segelintir ahli agama mengkafirkan orang Islam yang tidak bersetuju dengan rang undang-undang (RUU) bagi meminda akta Mahkamah Syariah.

Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan itu dipercayai merujuk Yang Dipertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim yang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail patut dikebumikan di perkuburan Cina kerana tidak setuju dengan RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Mkini

"Malah Nabi Muhammad tidak melabelkan sesiapa pun, siapalah kita (sebagai pengikutnya) untuk melabelkan orang lain?

"Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang, seperti saya, memutuskan untuk meninggalkan PAS bagi menyertai PAN kerana budaya yang melabelkan orang lain ini. Persoalan timbul, benarkah kerana perkara ini atau kerana kalah dalam pertandingan merebut jawatan di muktamar PAS yang lalu?

"Saya menyokong pandangan mufti Pulau Pinang dan rakyat harus menerimanya," katanya kepada Malaysiakini dalam kenyataan pertama kepada media selepas mengalami serangan strok sebelum ini.

Hanipa, seorang peguam, berkata terdapat beberapa kelemahan dalam cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang akan menghapuskan halangan untuk Kelantan memulakan hukuman hudud.

Hanipa berkata seseorang yang memperkenalkan rang undang-undang perlu membenarkan dan mendengar kritikan untuk mengukuhkan lagi undang-undang yang hendak diperkenalkan, dan tidak melabelkan orang yang tidak bersetuju dengannya.

"Ini adalah cara yang logik, seperti dalam apa-apa pindaan atau penggubalan undang-undang baru di sana pasti akan ada kelemahan.

"Semasa saya dalam PAS saya perhatikan ini (toleransi terhadap pandangan alternatif). Pandangan ekstrem seperti itu perlu dihenti dan pemimpin PAS perlu menerima kritikan," katanya yang dilihat cuba sembunyikan hakikat sebenar kenapa beliau tinggalkan PAS mengikut Mat Sabu dan yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan dalam PAS dahulu.


sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top