.... Video Bodohnya Ahli Parlimen DAP | AAKJ





DAP membuktikan sekali lagi bahawa pemimpin-pemimpin mereka berpesonaliti ala gangster apabila ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng bersikap biadap melampau dan enggan mendengar arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sehingga menyebabkan beliau dihalau keluar daripada kamar khas tersebut.

Sebaliknya Lim Lip Eng menuduh Pandikar Amin berbuat demikian sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai Belanjawan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di dalam kamar khas yang bersidang, petang semalam.

Keengganan Lim Lip Eng mendengar arahan Speaker dan menuduh Pandikar memberi ‘syarahan’ berhubung isu subjudis saman Jabatan Keadilan (DOJ) mencerminkan keangkuhan DAP dan juga perancangan jahat mereka yang sengaja mahu mengaitkan DOJ dan MO1 dalam sidang medianya dengan tujuan untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap Pandikar Amin.

Dalam sidang media di lobi Parlimen selepas insiden itu semalam, Lip Eng mengakui mereka saling menjerkah antara satu sama lain sebelum dihalau keluar dari sidang kamar khas tersebut. DAP memang biadap, tidak dapat dinafikan.

“Kemudian dia menghalau saya keluar. Sebelum saya berjalan keluar dia menjerit kepada saya dan saya jerit balik kepada dia. Saya cakap, kami telah dipilih oleh rakyat tetapi dia dilantik oleh MO1,” ujar pemimpin DAP itu.

Saksikan video insiden di kamar khas Parlimen petang Selasa yang mendorong Pandikar Amin mengarahkan Ahli Parlimen DAP Segambut itu keluar.

Berikut transkrip pertengkaran mereka, seperti dalam video, klik di SINI:

Pandikar: Ini saya tidak mahu bangkitkan, tetapi terpaksa saya bangkitkan, Yang Berhormat. You like ridiculing the speaker dalam kau punya kenyataan akhbar. But I choose not to answer you, because I choose to be professional. But I would like to remind you, last year you challenge me to resign my post because penambahbaikan parlimen. In your opinion, was not implemented.

You buat kenyataan akhbar. Saya tidak ada chance untuk jawab balik sebab jika saya jawab balik I look ridiculous.

OK. Satu penambahbaikan yang kita buat adalah ini (kamar khas), is the result of the improvements. This is the result of the efforts some of us MPs made, but you choose to ridicule me all the time.

Saya ada baca satu buku yang ditulis oleh Selwyn Lloyd, Mr Speaker, Sir. Kalau di England, kalau ada MP yang tidak hormat pada speaker…

Lim: (Bangun) Mr Speaker, I’m not here for you to lecture me, okay?

Pandikar: Will you sit down? Can you sit down? Can you sit down?

If you can lecture about me out there, and the public reads it and you enjoy it, and when I am lecturing you (inside) the chamber in my authority, you don’t want to listen to me.

(Pandikar tuding ke arah Lim.)

Lim: You don’t point your hand at me.

Pandikar: Sit down!

Lim: No, I won’t sit down! What can you do?

Pandikar: Sit down!

Lim: No, I won’t!

Pandikar: (Kepada bentara) Tolong, Please ask him to get out.

Lim: You are a disgrace to Parliament!

Pandikar: Ask him to get out.

Lim: Disgrace!
Pandikar: You think you’re not a disgrace?

Lim: We’re elected, you’re appointed.

(Lim diiring keluar.)

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top