.... Video Binatang Politik Berbicara | AAKJ





Bukan senang nak jadi seperti Mahathir. Taraf "Binatang Politik" adalah tahap tertinggi. Boleh jilat apa saja dan buat apa sahaja demi poket diri sendiri tidak kempis dan memastikan seluruh anak pinak kaya raya dengan apa juga kos yang ada.

Jilat kahak atau air ludah tanpa rasa sedikit pun berdosa kepada pengikut yang ditipunya hidup-hidup selama 22 tahun. Itulah Mahathir.

Walaupun tidak semua rakyat Malaysia tahu kenapa Mahathir tiba-tiba jadi celaru tidak ketahuan hinggakan sanggup jilat pungkoq musuh politiknya dahulu, Kit Siang dan Anwar, namun majoriti rakyat sudah jelas kenapa Mahathir menjadi binatang politik.

Sebenarnya Anwar Ibrahim telah pun membuka rahsia kekayaan Mahathir dalam siri ceramah beliau dan ketika itu rakyat Malaysia agak keberatan untuk menerima kenyataan tentang apa yang cuba disampaikan oleh Anwar. Namun apabila kelakuan Mahathir umpama orang gila yang cuba hancurkan Najib secara terang-terangan walaupun permulaannya hanya menggunakan alasan untuk selamatkan UMNO BN, tetapi akhirnya Mahathir sendiri yang merungkaikan persoalan rakyat terhadap tindakannya itu.

Video pendedahan Anwar di SINI.

Usaha melalui UMNO gagal. Di situlah titik mula Mahathir kelihatan jelas amat terdesak. Kenapa tunggu sehingga beberapa tahun baru berani bertindak untuk tubuhkan parti baharu? Kenapa setelah anaknya Mukhriz dipecat baru ingin bersama dengan pakatan pembangkang? Kenapa setelah semua panglimanya termasuk Muhyiddin dan Shafie sudah hilang pangkat maka sawan gila melanda? Jawapannya mudah, mesti ada sesuatu yang berharga lebih dari masalah pecat dan buang dari parti.

Manusia hanya gila kepada tiga perkara, wanita-harta-pangkat. Fikirlah yang mana satu atau kesemuanya asbab Mahathir jadi binatang politik?

Kalau kerana wanita, nampaknya Muhyiddin sahaja yang ada masalah dengan isu isteri orang.

Kalau nak kata kerana pangkat, kesemuanya berpangkat ketika serangan awal Mahathir beberapa tahun yang lalu dan ianya di awal Najib menjadi Perdana Menteri, cuma ketika itu Mahathir hanya sinis, test samada ahli UMNO masih sayangkan beliau atau sebaliknya. Dalam fikirannya mungkin Najib pun senang ditewaskan seperti apa yang beliau lakukan terhadap Pak Lah.

Kerana harta? nilainya USD100 billion di luar sana? Masih atas nama proksi?

Mahathir merancang dan Allah juga ada perancangannya.

Bukan sahaja Mahathir gagal yakinkan ahli UMNO dengan auta rekaannya tetapi beliau sendiri sudah congak betapa amat atau terlalu sukar untuk bertempur dengan Najib di "lapangan UMNO", pemilihan UMNO Malaysia.

Siapa calon Mahathir yang akan lawan Najib di kerusi Presiden? Muhyiddin yang berlumur dengan skandal bini orang dan "Bistarinet" yang masih belum berjawab?

- Shafie Afdal yang juga berlendir dengan skandal? (menurut sumber kedai kopi di KK, artis jelita yang suam-suam kuku? entahlah)

- Mukhriz, anaknya sendiri? Macamana Mukhriz nak bertanding jawatan presiden kalau ketika lawan Khairy Jamaluddin di jawatan Ketua Pemuda Malaysia pun beliau hanyut. Jadi siapa? Mahathir sendiri? kalau dia berani sudah lama dia akan suarakan. Sejarah membuktikan Mahathir tidak pernah berani. Ingin kuburkan Musa Hitam, Ghafar Baba malah Anwar sendiri, beliau gunakan lembu laga dan bukannya dia sendiri.

Itulah antara rancangan Allah swt. Mahathir tidak berjaya menyusun dan memusnahkan UMNO dari dalam malah jauh sekali ingin gulingkan Najib dengan pelbagai cerita andaian dan fitnah. Satu peluru, 1MDB yang beliau gunakan sudah habis. Peluru apa lagi yang tinggal?

Rancangan Mahathir usung 1MDB ke seluruh dunia dan Allah perlihatkan rancanganNya, seluruh dunia menolak dakwaan palsu ini. Paling memalukan apabila DOJ dengan jelas tidak mengklasifikasikan dakwaan tersebut dalam klausa jenayah. Malah arahan pembekuan harta Red Granite juga dibatalkan tanpa alasan yang munasabah atau dengan kata lain tiada alasan. Terpinga Mahathir apabila mendapat tahu penarikan ini.

Rancangan Mahathir - apabila tiba-tiba Tun Daim yang lama tidak bersuara tiba-tiba keluarkan kenyataan bernada kasihankan PM Najib letih dan banyak kerja. Daim lebih kurang mencadangkan agar jawatan Menteri Kewangan yang dipegang oleh PM diserahkan kepada orang lain memandangkan PM letih dan susah nak fokus. Tiba-tiba je melantun keluar cadangan ini. Apa yang anda fikirkan?

Kenapa suara sumbang usul sebegini bergema bukan sahaja dari blok anti Najib malah makin kuat didengar dari blok pakatan haram?

Siapakah yang boleh benarkan aliran wang luar negara masuk ke negara ini?

Apabila pengasingan portfolio antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berlaku maka akan wujudlah rasuah dalam melobi menteri kewangan agar benarkan duit dari entah mana sumbernya dan apa niat kegunaannya boleh mengalir bagaikan air ke dalam negara kita.

Tidak salah sekiranya sesiapa pun memegang jawatan Menteri Kewangan 1, namun keputusan Perdana Menteri mewujudkan Menteri Kewangan II adalah bertepatan dalam pengagihan tugas.

Apakah agenda yang ingin pakatan haram sembunyikan? Hendak bawa masuk wang atau dana berjumlah billion bertujuan nak hancurkan kerajaan sediada?

Khabarnya kumpulan Pro Mantan pun tengah terkial nak bawa masuk 'harta tunai' lebih kurang 100 Billion yang menggunakan nama proksi? Bila PM Najib tidak sign maka itulah pencetus pemula serangan bertali arus terhadap PM Najib? (menurut RPK)

Mungkinkah PM Najib lebih tahu siapa yang cuba bawa balik dana?

Siapa calon menteri kewangan dari Tun Daim? Itu adalah antara rancangan Mahathir tetapi akhirnya Allah laksanakan rancanganNya, membuang kesemua daki-daki kotor ini dari UMNO dan meletakkan mereka semua di dalam Parti Cap Bunga serta parti pembangkang di Sabah.


Tonton video binatang politik ini sebelum dipadamkan.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top