.... Video Ahli Parlimen Pembangkang Jadi "Wayang Kulit" Mahathir | AAKJ



Semalam, 21 Oktober 2016, adalah hari yang ditunggu-tunggu di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2017. Rakyat Malaysia daripada kedua-dua pihak yang berbeda fahaman politik rancak membincangkan apa yang bakal terjangka dan samada khabar angin yang disebarkan oleh pembangkang mengenai GST yang naik kepada 8% itu benar atau palsu. Ada juga yang ingin melihat samada adakah ianya ‘Bajet Pilihanraya’ yang bermakna pilihanraya umum akan datang mungkin berlaku awal tahun hadapan dan bukannya pada tahun 2008 di mana berakhirnya tempoh penggal lima tahun.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan Harapan mencetuskan anti-klimaks semalam apabila Najib baru separuh jalan pembentangan bajet ini, sebelum Najib selesai – dan masih jauh lagi dari sebarang perbahasan samada bajet tahun hadapan ini ada merit atau sebalikny – mereka keluar dan berdemostrasi di luar Parlimen.



Ia bukannya mengenai Bajet 2017 tetapi berkenaan dengan Kempen Anti Najib.
Apa yang lebih membingungkan adalah bahawa demonstrasi itu tidak ada kena mengena dengan Bajet 2017. Ia adalah untuk memalukan Najib dan tema demonstrasi, ‘MO1’, menunjukkan bahawa ia bukan sahaja bertujuan untuk mempersendakan Najib tetapi adalah lanjutan daripada serangan yang dimulakan oleh ANC (Kempen Anti Najib).

Dalam erti kata lain, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak memakai ‘topi Ahli Parlimen’ mereka semalam tetapi memakai ‘topi ANC’ mereka. Dan hakikat bahawa mereka telah dipilih ke Parlimen dan dibayar gaji dengan menggunakan duit pembayar cukai untuk menjalankan tugas mereka dan memainkan peranan sebagai pemerhati di Parlimen seolah-olah sia-sia. Apa kaitan ANC dan MO1 dengan Bajet 2017? Adakah itu akan membantu rakyat luar bandar Sabah dan Sarawak mendapatkan air, elektrik dan jalan raya?

Selepas kegagalan NCC2 awal minggu ini (BACA DI SINI: Mahathir sends Nazir to inform Najib that a coup has been launched) Tun Dr Mahathir Mohamad memerlukan satu ‘pertunjukan yang baharu’. Ini adalah strategi Mahathir – sentiasa menyerang untuk menampakkan bahawa kempen Anti Najib ini tidak berkubur dan masih kekal menyerang. Hitler melakukan perkara yang sama di hari-hari terakhirnya di Berlin apabila beliau menghantar kanak-kanak sekolah untuk berperang dengan Rusia semata-mata bertujuan untuk nampakkan kewujudannya.

Perancang utama dalam semua ini adalah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hina dan sedang bergelut dengan skandal seks bersama isteri orang.Keduanya adalah ejen utama Mahathir atau ‘Kuda Trojan’ dalam pembangkang (bersama dengan Mahfuz Omar sebagai ejen atau ‘Kuda Trojan’ di dalam PAS..hello, hello, Sirul ke sana?..ah line putus..), menurut RPK.

Malah, Mahathir cuba yang sebaik mungkin untuk membantu Azmin menggulingkan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mengambil alih sebagai presiden parti PKR yang baharu.Mahathir inginkan partinya, Pribumi bergabung dengan PKR sebagai jalan pintu belakang untuk bersama dengan Pakatan Harapan sebab Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak berminat dengan idea tersebut. Malah Lim Kit Siang juga tidak bersetuju dengan idea Pribumi masuk ke dalam Pakatan Harapan (BACA DI SINI: Pribumi must merge with PKR or die).



Ketika Azmin dan Muhyiddin sedang mendesak supaya keluar dan berdemostrasi, Tan Seng Giaw tidak senang hati tentang perkara itu. Bagaimanapun, Lim Kit Siang yang membenci Tan Seng Giaw bertegas mahukan DAP untuk turut bersama keluar dan berdemostrasi (Kit Siang sentiasa mengundi bertentangan dengan Seng Giaw). Jadi Seng Giaw tiada pilihan tetapi dengan berat hati turut bersama atau berhadapan dengan hukuman disiplin parti dan menghadapi risiko dibuang atau digantung parti kerana tindakan yang tidak sehaluan.

(Mereka juga memecat PAS dari Pakatan Rakyat dan kemudian menuduh PAS menarik diri apabila berlaku sebaliknya).



Sudah tentu, seperti biasa, Wan Azizah tidak mampu berfikiran jauh berhubung perkara berkenaan dan hanya mengikut arus, dia tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku…seperti kebiasaannya. Dia mesti terasa diperbodohkan apabila menyedari yang Azmin dan Muhyiddin sebalik semuanya ini. Atau sehingga sekarang beliau belum sedar lagi? Saya tidak akan katakan beliau masih kebingungan. Malah, kenyataan beliau semalam (lihat video di bawah) memberi gambaran beliau tidak pasti sama ada dia akan datang atau pergi …kesian.



Tan Seng Giaw

Seng Giaw mempunyai tiga poin yang kuat dalam menentang mogok dan demonstrasi semalam. Poin pertama mereka sepatutnya menunggu pembentangan bajet itu berakhir sebelum lakukan protes. Kemudian selepas bajet dibentangkan maka anda boleh membahaskan bajet tersebut. Hanya setelah anda tidak berpuashati dengan bajet atau jawapan yang diberi berhubung dengan soalan yang diajukan berkenaan bajet maka proteslah.

Kedua, anda perlu untuk perjelaskan bahagian mana belanjawan yang anda ingin buat bantahan.Sebagai contoh kerajaan tidak menaikkan kadar cukai GST (sepertimana pembangkang kata kerajaan akan lakukan) ketika kerajaan mengurangkan cukai pendapatan.Adakah ini yang membuat pembangkang protes? Juga, di dalam bajet adalah berkenaan dengan gaji 1.4 juta penjawat awam dananggota keselamatan. Adakah ini juga sebabnya pembangkang protes?

Ketiga dan yang paling penting ialah sama ada PAS akan menyertai mogok dan demonstrasi. Kalau hanya Ahli Parlimen Pakatan Harapan sahaja yang keluar dan berdemostrasi sementara PAS tidak ikut bersama, ini membuktikan bahawa Pakatan Harapan dan PAS tidak bersama. Malah PAS juga telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan bersama dalam Bersih 5.0 tambahan pula dengan tidak menyokong kempen Anti Najib menjadikan ianya seperti Pakatan Harapan kena penampar tiga kali.



Seng Giaw merasakan tidak perlu secara terbuka menunjukkan bahawa Pakatan Harapan dan PAS tidak sehaluan – dan tindakan keluar dewan dan demonstrasi semalam mengambarkan perkara tersebut. Oleh itu, mereka kehilangan lebih banyak daripada apa yang mereka perolehi melalui tindakan keluar dewan dan demonstrasi itu. Melalui media sosial, netizens mengutuk Pakatan Harapan dan mempersoalkan apa pembangkang cuba membuktikan dengan “membunuh diri” – oleh sebab itu Najib hanya tersenyum apabila mereka berjalan keluar (dia tahu ia adalah hara-kiri) .

Saya rasa ianya masuk akal. Anda tidak menentang bajet secara keseluruhan kerana anda mungkin mempertimbangkan beberapa bahagian bajet sebagai tidak baik tetapi terdapat juga beberapa bahagian yang baik dalam bajet itu, dan mungkin lebih banyak baik daripada tidak baik. Jadi, anda menentang hanya sebahagian daripada bajet yang anda rasa tidak baik. Sudah pasti mengurangkan cukai pendapatan tidak boleh menjadi tidak baik apabila pembangkang itu sendiri mahu Malaysia mempunyai cukai sifar dan lebuh raya bebas tol, penjagaan kesihatan percuma, pendidikan percuma, tiada cukai jalan, minyak murah, dan sebagainya.

Seng Giaw tahu mogok dan demonstrasi semalam tidak ada kena mengena dengan Bajet 2017 dan ianya hanya isyarat Mahathir kepada Najib bahawa beliau mengawal Pakatan Harapan dan boleh mengarahkan mereka apa yang perlu dilakukan – jadi lebih baik Najib duduk berbincang dengan dia (Mahathir ) tentang masa depan Mukhriz dan kerjaya beliau sebagai Menteri Kewangan Malaysia akan datang.

Mesejnya adalah jelas: Pakatan adalah anjing saya dan saya mempunyai kuasa untuk menyuruh anjing saya membatalkannya jika anda bersetuju untuk membuat perjanjian dengan saya. Jika tidak saya akan meminta mereka untuk terus menyalak pada anda (hanya itu yang mereka boleh lakukan, menyalak tetapi tidak menggigit, seperti semalam). Dan tema ‘MO1’ semalam sudah pasti mempunyai “fingerprints” dan “trademark” Mahathir , oleh sebab itu, Seng Giaw tidak gembira mengenainya.



Semakin kita mengatakan bahawa Mahathir tidak ada lagi kuasa dan tidak lagi relevan, dia semakin mahu membuktikan yang anda salah. Mahathir perlu menunjukkan kritikan pada Najib bagi menunjukkan bahawa dia masih mempunyai pengaruh pada pembangkang. Mahathir bukan ancaman kepada Najib. Walau bagaimanapun, Mahathir cuba menunjukkan kepada Najib, “Anda tidak berurusan hanya dengan saya. Anda berurusan dengan seluruh pembangkang dan saya mengawal pembangkang dan boleh mengarahkan mereka apa yang perlu dilakukan”.

Muhyiddin juga sangat kecewa semalam kerana dia kini duduk di kerusi pembangkang manakala Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sedang duduk di kerusi lamanya. Ia seperti apabila pasangan anda menendang anda keluar dari rumah dan anda bertembung dia pada hari berikutnya berpegangan tangan dengan rakan kongsi baru. Ininya lebih merisaukan apabila anda mengalami gila talak, seperti Muhyiddin. Jika anda melihat muka Muhyiddin semalam anda boleh melihat pada wajahnya menceritakan segala-galanya … kesian.

Muhyiddin tahu bahawa jika pilihan raya umum akan diadakan tahun depan maka ini adalah bajet terakhir beliau. Muhyiddin akan kalah dalam pilihan raya jika bertanding di kerusi tradisional di Pagoh. Para pengundi majoriti Melayu tidak boleh menerima seseorang yang mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang dan dikhabarkan berkahwin secara rahsia, menurut Raja Petra.

Satu-satunya harapan Muhyiddin adalah memohon pada DAP kerusi Cina yang selamat untuk bertanding seperti yang Mukhriz juga mahukan. Namun begitu dia hanya mempunyai peluang 50:50 untuk menang kerana orang Cina tidak pernah melupakan dan memaafkan pengistiharan beliau bahawa “Saya Melayu dahulu”. Jika orang Cina menemui kaitan beliau dengan Pekida maka habislah Muhyiddin. Pekida ditubuhkan selepas 13 Mei untuk bertindak sebagai kuasa “tentera” sekiranya berlaku satu lagi 13 Mei.

Kenapa tiada sesiapa mempersoalkan kaitan Mahathir dengan Pekida dan juga kedudukannya sebagai penaung Pekida cawangan Kedah? Saya amat terkejut yang orang Cina menyerang orang-orang seperti Ibrahim Ali, Jamal Yunos, Ridhuan Tee, dan sebagainya, manakala orang-orang seperti Mahathir dan Muhyiddin terlepas daripada serangan sedangkan mereka terlibat secara langsung dengan Pekida.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top