.... Siapa Pembekal "Seluar Dalam Bendera Malaysia" Di Australia? | AAKJ



Tindakan keterlaluan sembilan warga Australia yang memakai seluar dalam berco­rak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di sini semalam berpunca daripada pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, perbuatan tersebut telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan penonton terutamanya daripada rakyat tempatan yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Beliau berkata, akibat perbuatan tersebut, pihak polis telah menahan sembilan lelaki yang berumur di antara 25 hingga 29 tahun itu pada pukul 5 petang di SIC kerana telah kerana menghina serta mengaibkan Jalur Gemilang dan mereka kini direman selama empat hari.

“Siasatan awal men­dapati kesemua penyokong dari Australia tersebut berada di bawah pengaruh alkohol dan ujian air kencing turut dilakukan ke atas mereka, namun keputusannya negatif.

“Hasil soal siasat yang dijalankan juga mendapati, kesemua lelaki terbabit mengaku bahawa seluar dalam bercorak Jalur Gemilang yang dipakai mereka itu dibeli di Australia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, beberapa keping gambar sekumpulan lelaki warga asing penonton GP F1 Malaysia di SIC yang memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang menjadi viral di media sosial.

Tindakan sembilan lelaki tersebut mendatangkan kemarahan pengguna laman sosial selain menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan kerana menghina dan mengaibkan Jalur Gemilang.

Menurut Abdul Aziz, mereka kini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mengaibkan untuk tujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

“Pihak kami kini sedang meneliti kertas siasatan dan akan berbincang dengan Timbalan Pendakwa Raya sepanjang tempoh reman itu bagi mengambil tindakan selanjutnya ke atas mereka yang terbabit,” katanya yang turut memberitahu tempoh tahanan reman akan berakhir pada Khamis ini.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top