.... Si Mati Bunuh Diri Ahli PAS? | AAKJ



Negara hari ini dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki yang dikatakan membunuh diri dan meninggalkan nota kenapa beliau mengambil keputusan untuk membunuh diri. Bagi si mati beliau bertindak kerana kecewa akibat ditangkap 2 kali dalam urusniaga perniagaan rokok seludup.

Apa yang menjadi perhatian netizen dan rakyat Pulau Pinang khasnya ialah seruan beliau (di dalam nota yang beliau tinggalkan) agar PAS kembali kepada gabungan parti pembangkang dalam usaha mengalahkan UMNO BN. 

Siapakah si mati sebenarnya? Penjual tegar rokok seludup atau penyokong tegar PAS yang kecewa atau penyokong DAP yang tegar tetapi merahsiakannya atau penyokong PKR atau beliau adalah ahli parti kepada salah satu yang dinyatakan tersebut?

Melalui blog utama pakatan rakyat, mungkin anda akan tahu siapakah beliau sebenarnya:



Suatu ketika dahulu, sewaktu Tan Sri Muhyiddin masih lagi dalam UMNO, beliau dilihat antara individu yang begitu kerap menghina PAS. Sewaktu itu, beliau berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

Pastinya ramai yang masih mengingati ayat PAS merupakan “Parti Ajaran Sesat” (singkatan nama PAS itu sendiri) sehingga menimbulkan kemarahan ahli PAS terhadap beliau. Inilah yang dijaja oleh Muhyiddin sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Kini, setelah 3 tahun berlalu, nyata ayat yang dilafazkan Muhyiddin itu akhirnya terbukti kebenarannya. Kelmarin, seorang lelaki yang dipercayai ahli PAS, telah mengambil keputusan membunuh diri akibat tekanan perasaan di Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Menariknya, menerusi nota yang ditinggalkan oleh lelaki berkenaan, dia menyeru Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang untuk menyertai semula Pakatan Harapan dan meninggalkan rancangan penggabungan dengan UMNO untuk Pilihan Raya yang akan datang.

Mengimbas semula nota ini, pasti dapat mengagak, bagaimana seorang ahli PAS sendiri boleh mengambil keputusan yang dilarang agama hanya semata-mata tekanan perasaan. Sepatutnya, PAS selaku parti ultras Islam dapat mentarbiahkan ahlinya untuk berpegang teguh kepada prinsip Islam.

Ini tidak, ahlinya sendiri boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri, sesuatu yang ditegah oleh Islam dan semua agama di dunia ini.

Jika dilihat dari apa yang dilakukan oleh lelaki ini, nyata, apa yang diperkatakan Muhyiddin, 3 tahun lalu, ada asasnya. Seperti ajaran sesat, ahlinya bebas melakukan apa sahaja dan apa yang berlaku terhadap lelaki bodoh ini, samalah dengan ajaran sesat seperti yang didakwa Muhyiddin sebelum ini.



Aakj - Salam takziah kepada keluarga si mati, bertabahlah. Kepada masyarakat di luar sana, bersabarlah..biar pihak bertanggungjawab jalankan siasatan yang sewajarnya.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top