.... Senarai Nama Calon Palsu Agenda Lagakan Pemimpin Parti - MB Razif | AAKJ



Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman meminta pengamal media perlu merujuk kepada sumber sahih dan tepat bagi mendapatkan kepastian tentang sesuatu perkara.

Sambil menafikan isu senarai nama calon Barisan Nasional Terengganu yang disebarkan baru-baru ini, beliau mengatakan perkara itu adalah agenda pihak tertentu untuk melaga-lagakan sesama ahli parti.

‘Kita tidak pernah mengeluarkan (senarai) dan Badan Perhubungan UMNO Terengganu belum hantar senarai cadangan dan saya tidak tahu sumber mana (diambil)’.

‘Kita berharap pihak akhbar apabila hendak mengeluarkan sesuatu perlu mesti mendapatkan dari sumber yang sah’.

‘(Isu calon) Ia perkara berita khabar angin dan tidak perlu dilayan dan tidak perlu disiasat’.

‘Jika kita ambil perhatian dalam perkara ini sehari dua keluar lagi senarai nama baru pula’.

‘Saya nampak ini adalah agenda untuk melagakan sesama kita’.

‘Soal calon kita serah kepada kepimpinan dan YAB Presiden UMNO’.

‘Bagi Badan Perhubungan UMNO Terengganu ia tidak menjadi satu perkara yang membebankan’.

‘Hari ini kita nak buat kerja untuk menang PRU14’.

‘Soal calon serah kepada kebijasanaan YAB Presiden untuk menentukan dan kita terima siapa sahaja kerana yang mustahak hari ini ialah kita menang pilihan raya’.

‘Ia bukan kepentingan calon-calon tertentu dan ia menjadi amalan kita sejak dulu, kini dan selamanya’.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan Zoo Kemaman Bukit Takal dan diberi taklimat perkembangan semasa pembangunan zoo tersebut hari ini.



Dalam perkembangan lain, Ahmad Razif memberitahu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak percalonan Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang dicadangkan menjadi Presiden FAM kerana setiap keputusan yang mahu dibuat perlu diputuskan dalam mesyuarat persatuan.

‘Kita tak boleh komen sebab saya sendiri belum dibuat perlantikan (sebab) saya hanya memangku (Presiden PBSNT)’.

‘PBSNT belum buat AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) lagi dan belum buat mesyuarat’.

‘Apa-apa keputusan dibuat secara kolektif iaitu mesti ditentukan oleh persatuan’ tegasnya. – Terengganu Times

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top