.... PRU14: DAP Sedia Bersendirian? | AAKJ



DAP bersedia berjuang sendirian di Sarawak tanpa Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan, DAP pernah bertanding sendirian di Sarawak pada tahun 1976 dan sanggup mengulanginya jika keadaan memerlukan.

“Ahli DAP Sarawak perlu berbangga dengan sejarah kita berani bersendirian di Sarawak pada tahun 1976.

“Jika diperlukan, DAP bersedia untuk berdiri sendiri seperti yang dilakukan pada tahun 1976,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang berhadapan kes rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah itu merupakan tamparan kepada parti sekutu Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) kini bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam misi menumbangkan parti Melayu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kenapa hanya Sarawak? Kenapa tidak termasuk Semenanjung Malaysia juga?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top