.... "P.Ramly" Menu Baru Burger Babi, Anda Semua OK? | AAKJ



Orang ramai dilapor membantah jualan burger babi dinamakan P Ramly di rangkaian sebuah restoran di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Seorang eksekutif swasta Nurhafezah Che Haludin, 20, berkata beliau nyaris terbeli burger itu kerana iklan mengenainya ditempatkan di laluan awam dalam pusat beli belah dekat Damansara.

“Iklan penjualannya diletakkan pada laluan bebas orang awam, seolah-olah mahu menarik perhatian semua pengguna termasuk umat Islam, perbuatan ini mengelirukan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh BH.

Seorang pengadu dikenali sebagai Jasmin pula membandingkan isu itu dengan kontroversi penggunaan nama hot dog yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Beliau juga membangkitkan nama digunakan yang mirip dengan nama seniman agung negara P Ramlee.

“Kenapa perlu guna nama P Ramly, sedangkan banyak nama lain tidak mirip Melayu serta bukan nama seniman agung tanah air, boleh digunakan bagi menarik perhatian pelanggan bukan Islam,” katanya.

Jasmin turut melaporkan isu itu kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta meminta pihak berkuasa bertindak.

Tinjauan BH mendapati menu itu diperkenalkan di rangkaian restoran itu sejak 31 Ogos lalu dengan harga RM9.90 satu set.

Seorang pekerja restoran itu pula dilapor memberitahu nama “p” merujuk kepada pork (daging babi).





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top