.... Permohonan Anwar Tukar Panel Hakim Ditolak | AAKJ



Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak bantahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menukar panel hakim yang mendengar semakan keputusan kes liwatnya.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati tiada merit bagi mereka menarik diri daripada mendengar permohonan semakan kehakiman itu.

Anwar memohon supaya panel itu menarik diri kerana panel sama pernah menolak permohonan beliau untuk memasukkan keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusof.

Anwar memohon keterangan Ramli dimasukkan dalam rayuannya jika mahkamah membenarkan semakan beliau dan secara alternatif mengarahkan rayuan didengar semula berdasarkan merit.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top