.... Patutlah Allah Buang Dia Dari UMNO - Bah.2 | AAKJ




Kerajaan Tidak Ada Duit Terpaksa hentikan Peruntukan Kesihatan?

Setiap tahun ketua jabatan akan menghantar anggaran belanjawan untuk dipertimbang kelulusan. Anggaran ini selalunya berdasarkan penggunaan tahun lalu dan jangkaan penggunaan tahun ini.

Apabila Jabatan Patologi Hospital di Klang kehabisan peruntukan untuk membeli kit ujian, ia bukan kerana kerajaan memotong bajet asal. Ia lebih kepada perbelanjaan melebihi anggaran dan bajet yang diluluskan. Penggunaan wang kerajaan bukan seperti cucuk mesin ATM. Hari ini barang habis esok boleh beli.

Kes ini bukan isu kerajaan tidak ada duit tapi perbelanjaan melebihi anggaran asal. Sebabnya,

"Selangor mencatatkan 65,168 kes denggi pada tahun 2015. Namun sehingga September tahun ini sahaja, Selangor telah mencatatkan lebih 80 ribu kes denggi."

Peningkatan lebih 20 ribu kes dari tahun lalu adalah sesuatu yang sangat besar dan luar jangkaan untuk negeri maju Selangor.

Semua ini memerlukan ujian patalogi.

Tentulah mereka yang membuat anggaran pun tidak terfikir peningkatan begitu ketara. Jika mereka membuat anggaran sebesar itu peningkatan pun mungkin tidak diluluskan kerana di luar anggaran rasional.

Jawapan dari rakan facebook, Ab Jalil Backer kepada persoalan yang ditimbulkan oleh 2 individu yang kononnya penting bagi parti cap bunga. Paling memalukan, keduanya ketika dalam UMNO telah pun diajar ilmu yang amat berguna untuk kehidupan mereka satu hari nanti. Ilmu melihat sesuatu isu dengan teliti sebelum menulis status bodoh atau sebelum jadi pejuang papan kekunci division ketip laju-laju dan viral laju-laju yang akhirnya kena setepek atas muka laju-laju juga.




Bahagian 1 klik di SINI

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top