.... “Operasi Samaran” Mahathir | AAKJ



Pasukan psywar Tun Dr Mahathir Mohamad semakin cerdik. Yah, mungkin hanya sedikit lebih bijak tetapi tidak yang terlalu pintar jika hanya dalam masa satu jam saya dapat mengesan mereka perbuatan itu.

Saya bercakap tentang grafik yang di atas. Saya mula dapat mengesannya semalam dan kerana saya tidak lakukannya maka mesti kerja orang lain. Anda tidak memerlukan PhD yang membuat kesimpulan tersebut.

Jadi saya mula menyiasat dan selepas bertanya, tidak ada seorang pun dari pasukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku melakukannya. Ini bermakna seseorang dari pasukan Mahathir yang membuat grafik tersebut. Dan selepas memeriksanya maka sah itu hasil kerja pasukan Mahathir.

Okay, itu bukanlah bahagian yang sukar. Itu adalah bahagian yang mudah. Dan jika saya tahu apa yang Mahathir dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bincangkan pada 15 September 2016 (apabila walaupun anaknya sendiri, Mukhriz, mengakui dia tidak tahu) untuk mengetahui siapa membuat grafik di atas bukanlah kerja yang sukar bagi saya?

Bagaimanapun, Mahathir akhirnya mengaku juga bahawa beliau tidak dapat meyakinkan Agong untuk memecat Najib. Oleh itu apa yang saya laporkan adalah benar. Jadi, apa yang Khairuddin Abu Hassan, yang mengiringi Mahathir untuk bertemu Agong, perlu katakan? Hari itu Khairuddin belasah saya kononnya ‘berbohong’ dan kini Mahathir sendiri mengesahkan apa yang saya katakan itu adalah benar.

Khairuddin yang turut berada di sana pun jahil mengenai butiran perbincangan Mahathir dengan Agong. Saya yang berada 6,600 batu jauhnya di Manchester pun tahu. Itu menunjukkan betapa tahap IQ yang sangat rendah daripada orang yang bekerja untuk Mahathir. Dan jika Khairuddin, Matthias Chang, Syed Akbar Ali, Zainuddin Maidin, Kadir Jasin, dan sebagainya, adalah “manusia yang ada otak” dalam pasukan Mahathir, Najib boleh berehat dan mengambil bercuti.

Apa pun, cukuplah masuk bakul angkat sendiri. Saya jauh lebih baik daripada keseluruhan pasukan Mahathir waima dikumpulkan bersama. Apa lagi yang boleh saya katakan? Jika anda hebat maka anda memang hebat. Dan saya sememangnya ditakdirkan menjadi yang terbaik. Jadi Khairuddin, bunuhlah diri sendiri dan pilihlah lawan anda yang sama saiz dengan anda.

Jadi, budak-budak Mahathirlah yang membuat grafik di atas. Perkara tersebut sudah nyata. Persoalannya ialah mengapa mereka lakukan dan mengedarkannya? Seseorang dengan otaknya seperti Khairuddin, Matthias, Syed Akbar, Zainuddin, Kadir dan lain-lain, tidak mampu untuk fikirkan satu jalan keluar. Tetapi saya bukanlah Khairuddin, Matthias, Syed Akbar, Zainuddin, Kadir dan sebagainya. Jadi saya mengambil masa hanya mengambil masa sepuluh minit untuk selesaikan teka-teki tersebut.

Anda lihat, seperti yang telah saya tulis banyak kali sejak beberapa bulan yang lalu, pemegang amanah Mahathir, proksi, penama dan kroni mula meninggalkan ANC (Kempen Anti-Najib). Kedua-dua individu yang berada di dalam grafik tersebut adalah dua orang antara mereka semua tetapi keduanya adalah dua orang yang sangat penting bagi Mahathir.

Jika kedua-dua mereka meninggalkan mahathir maka tercetuslah penghijrahan beramai-ramai. Yang lain pasti akan berkata sekiranya dua ini pergi kenapa pula kita jadi bodoh masih kekal bersamanya?

Saya maksudkan kalau anda lihat juruterbang dan pembantunya berjalan ke belakang pesawat dengan payung terjung di belakang mereka di ketinggian 40,000 kaki di udara, apakah itu tidak membimbangkan anda? Adakah pesawat tersebut akan terhempas? Kenapa juruterbang dan pembantunya melarikan diri?

Ya, kapten mesti menjadi orang yang terakhir untuk tinggalkan kapal yang sedang karam. Jika kapten dan seluruh anak-anak kapal menjadi orang yang pertama tinggalkan kapal yang karam, penumpang akan menjadi panik. Semua orang akan terjun ke laut dan mati.

Persepsi adalah sangat penting. Sebagai contoh, saya telah menerima banyak mesej yang memberitahu saya bahawa Robert Mugabe berada di Kuala Lumpur untuk bertemu Najib dan bahawa dia bertindak sebagai orang tengah untuk berbincang dengan Najib mengenai perjanjian damai.

Jadi anda lihat, persepsinya bahawa Mugabe adalah kawan baik Mahathir. Jadi, jika dia berada di KL untuk bertemu dengan Najib, maka ia hanya berkenaan dengan Mahathir. Tapi apa perkara yang Mugabe hendak bincangkan dengan Najib? Kalau Mahathir betul betul menang dalam pertempuran menggulingkan Najib, kenapa mereka perlu gunakan Mugabe untuk berbincang dengan Najib? Hanya bila anda kalah dalam pertempuran tersebut barulah anda perlu duduk berbincang dengan Najib.

Dan ini akan menambahkan lagi persepsi bahawa Mahathir sudah kalah dalam pertempuran itu. Ia dengan cepatnya menamatkan segalanya. Dan sekiranya pemegang amanah Mahathir, proksi, penama dan kroni (seperti kedua-dua dalam grafik di atas) telah meninggalkan ANC maka ini adalah bukti bahawa Mahathir telah tewas dan segalanya telah tamat. Jadi Mahathir perlu ciptakan keadaan bahawa tidak ada seorang pun meninggalkan beliau dan ANC.

Dan inilah sebabnya untuk lakukan “Operasi Samaran” ini. Budak-budak Mahathir yang mereka cipta grafik di atas dan cuba menampakkan saya yang membuatnya. Mesej yang tertera di grafik tersebut: Raja Petra Kamarudin menyerang kedua individu tersebut jadi terbukti bahawa mereka berdua masih bersama Mahathir. Sekiranya tidak, Raja Petra tidak akan menyerang mereka berdua.

Mahathir mengharapkan mesej ini akan meyakinkan pemegang amanah lain, proksi, penama dan kroni yang tiada siapa pun akan tinggalkan beliau, terutama kedua-dua individu di atas. Jika tidak lebih dari dua orang tersebut yang akan tinggalkan Mahathir.

Bolehkah anda lihat apakah maksud di sebalik “Operasi Samaran”? Mahathir cuba menyekat kesemua pemegang amanah, proksi, penama dan kroni daripada meninggalkan beliau. Dan beliau berharap ini boleh dilakukan dengan menunjukkan tidak ada seorang pun tinggalkannya terutama kedua mereka di atas – sebab sekiranya mereka telah tinggalkannya maka Raja Petra tidak akan mencipta grafik tersebut.

Namun Raja Petra bukannya Khairuddin, Matthias, Syed Akbar, Zainuddin, Kadir, dan lain-lain. Anda boleh memperbodohkan Khairuddin, Matthias, Syed Akbar, Zainuddin, Kadir dan orang-orang seumpamanya. Tetapi anda tidak boleh memperbodohkan Raja Petra. Dan itulah sebab saya hanya mengambil masa hanya satu jam untuk mengetahui siapa yang melakukannya grafik dan hanya sepuluh minit untuk memahami mengapa. Ahhhh..kadang-kadang saya memang kagum betapa pintarnya saya.


Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top