.... "Nasi Lemak Anak Dara" Masuk Dewan Rakyat | AAKJ



TUAH Siti Hajjar Ahmad bukan sahaja popular di media sosial, tetapi juga turut menjadi sebutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila peniagaan ‘Nasi Lemak Anak Dara’ menjadi contoh ketika berucap di Bajet 2017, sebentar tadi.

Najib menyebut ‘Nasi Lemak Anak Dara’ di Dewan Rakyat, Parlimen, ketika mengulas kepelbagaian makanan yang boleh didapati dengan murah dan sedap dalam negara ini.

“Saya ambil contoh makanan yang sedap dengan harga yang boleh tahan.

“Sebagai contoh, Nasi Kandar Vanggey. Dan terkini pula, saya dapat tahu tentang Nasi Lemak Anak Dara yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda oleh universiti tempatan.

“Masih ada banyak restoran murah di negara ini dengan makanan yang sedap,” katanya.

Ucapannya yang menyelit peniagaan ‘Nasi Lemak Anak Dara’ turut mengundang tawa hadirin di Dewan Rakyat.

Najib yang juga Menteri Kewangan hari ini, membentangkan Bajet 2017 bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.’

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top