.... Muhyiddin Hidup Dalam Dunia Khayalan | AAKJ



Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mempunyai peluang yang baik untuk menawan Johor pada pilihan raya umum akan datang. Pada pilihan raya umum sebelum ini Pakatan Rakyat memenangi 18 kerusi maka mereka perlukan sepuluh lagi kerusi, kata Muhyiddin. Dengan “crossover” baru-baru ini, ia akan memberi pembangkang 29 kerusi berbanding Barisan Nasional 27 sahaja.

Cara Muhyiddin mengira seperti Mukhriz Mahathir apabila beliau berkata yang beliau mempunyai sokongan yang cukup di Dewan Undangan Negeri Kedah untuk kekal sebagai Menteri Besar. Akhirnya dia mendapati bahawa dia tidak mempunyai majoriti dan dipaksa keluar dari pejabat.

Anda perlu sentiasa ingat satu perkara dalam politik. Sasaran tidak pernah statik. Anda sentiasa fokuskan pada sasaran yang bergerak dan anda perlu memikirkan bukan di mana sasaran yang terkini tetapi di mana ia akan berada akhirnya.

Muhyiddin berkata ‘mereka’ kini mempunyai 18 kerusi dan dengan satu crossover baru-baru ini mereka hanya memerlukan 10 lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti dua kerusi di Dewan Undangan Negeri Johor. Tetapi 18 kerusi itu termasuk empat dari PAS. Jadi siapa ‘mereka’? Adakah Muhyiddin berkata bahawa empat kerusi PAS milik Pakatan Harapan?

Empat kerusi PAS milik Pakatan Rakyat bukannya Pakatan Harapan. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat dibubarkan maka empat kerusi tidak secara automatik dipindahkan ke Pakatan Harapan. Tidak mungkin PAS akan menyerahkan empat kerusi tersebut kepada Pakatan Harapan atau Muhyiddin.

Malah, satu lagi perkara yang Muhyiddin terlupa berkenaan PAS bertanding 30 kerusi pada tahun 2013. PKR bertanding 11 kerusi tetapi hanya menang satu. Dalam salah satu kerusi, PAS dan PKR kedua-duanya bertanding menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Apakah Muhyiddin fikir akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang? Apakah PAS akan membenarkan PPBM dan / atau PAN mengambil 30 kerusi yang ditandingi mereka pada tahun 2013? Atau adakah PAS kini akan bertanding bukan hanya 30 kerusi ‘tradisional’ mereka tetapi 11 kerusi PKR juga? Adakah ini bermakna tidak ada kerusi HADIAH untuk PPBM Muhyiddin tetapi sebaliknya mereka akan terlibat dalam pertandingan tiga atau empat penjuru?

Adakah pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak mengajar Muhyiddin apa-apa? “Santa Cause is not coming to town” pada pilihan raya umum akan datang. Jika PPBM mahu mana-mana kerusi maka mereka perlu berjuang bermati-matian untuk mendapatkannya. Jadi bersedia untuk “pembunuhan beramai-ramai”! Pilihan raya umum yang akan datang akan menjadi “the bloodiest” dalam sejarah Malaysia “with no prisoners taken”.

Muhyiddin melihat sesuatu perkara secara berasingan. Politik tidak ditentukan dengan hanya faktor dalaman tetapi faktor-faktor luaran juga. Orang-orang seperti Muhyiddin begitu rabun hingga mereka gagal untuk melihat gambaran yang lebih besar. Apabila anda memakai penutup mata anda hanya melihat perkara-perkara tertentu dari satu dimensi. Muhyiddin perlu mengeluarkan penutup mata untuk mendapatkan pandangan yang lebih luas.

Muhyiddin mengatakan bahawa Barisan Nasional tidak lagi mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Johor. Bolehkah Muhyiddin memberitahu kita sama ada parti beliau mempunyai majoriti satu pertiga di Dewan Undangan Negeri Johor? Satu kerusi daripada 56 kerusi bukanlah sesuatu untuk dibanggakan sangat. Itu hanya satu kedudukan PPBM yang setara dengan PKR, yang juga mempunyai satu kerusi. PAS lebih baik kerana mempunyai 4 kerusi. Dan untuk peringatan anda, kerusi PPBM bukannya kerusi yang dimenangi tetapi kerusi yang dicuri. Jadi kenapa menjerit dan memekak dengan hanya 1 kerusi yang dicuri.

Adakah Muhyiddin berfikir bahawa politik dan pilihan raya adalah semata-mata permainan aritmetik? Bagaimana pula dengan kredibiliti beliau dan kredibiliti partinya? Adakah ini tidak dikira dalam politik dan pilihan raya? Malah orang baru dalam politik pun tahu bahawa politik kadang-kadang ianya lebih kepada persepsi daripada realiti. Dan realitinya adalah persepsi orang ramai terhadap Muhyiddin adalah buruk.

Menurut Raja Petra, Muhyiddin telah “rosak teruk” akibat skandal seks baru-baru ini. Nika Gee akhirnya bercerai dengan suaminya dan khabar angin yang panas mula tersebar bahawa Muhyiddin telah berkahwin dengannya secara rahsia. Muhyiddin perlu untuk keluar dan secara terbuka menafikan khabar angin ini jika ianya tidak benar. Jika tidak orang akan percaya bahawa Muhyiddin telah berkahwin secara rahsia dengan perempuan simpanannya yang baru bercerai.



Kemudian kita perhatikan masalah Shafie Apdal berhubung dua pemegang amanah beliau, proksi,penama dan kroni di Sabah yang ditahan kerana rasuah, kes terbesar setakat ini dalam sejarah Malaysia. Shafie telah secara peribadi memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak tahu kedua-dua individu tersebut. Bolehkah Shafie keluar dan mengumumkan secara terbuka bahawa dia tidak tahu kedua-dua orang itu dan bahawa mereka bukanlah pemegang amanah beliau, proksi, penama dan kroninya? tambah RPK lagi.

Ianya kelihatan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Shafie bukanlah sahabat baik. Jadi Musa tidak campur tangan dalam projek air yang bernilai berbillion ringgit dan membiarkan Shafie untuk menguruskannya bagi mengelakkan konflik atau perang saudara berlaku.Kedengaran juga cakap-cakap bahawa Shafie bukan sahaja mengendalikan perkara itu sendiri tetapi dia juga memberi arahan bahawa bayaran perlu dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh tuntutan dikemukakan jelas RPK lagi.

Shafie mungkin mempunyai banyak perkara untuk dijawab dan “his goose may soon be cooked good and proper”. Dan inilah lelaki yang bersama-sama dengan Muhyiddin yang berikrar bahawa mereka mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diundurkan supaya Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.

Apa yang lebih menarik ialah Tun Dr Mahathir Mohamad berdiam diri.Mahathir tidak keluarkan apa-apa kenyataan berkenaan skandal seks Muhyiddin atau pun berhubung skandal rasuah di Sabah. Kenapa Mahathir tidak berkata apa-apa? Kenapa beliau sunyi sepi? Adakah Mahathir hanya menyerang orang-orang yang tidak menyokong Mukhriz untuk jadi Perdana Menteri tetapi beliau akan menutup matanya, telinga dan mulut apabila melibatkan mereka yang menyokong Mukhriz untuk Perdana Menteri?

Muhyiddin dan Shafie kedua-duanya umpama “itik mati”. Orang harapan Mahathir kedua-dua sudah menjadi sejarah dan yang tinggal hanya Mukhriz sebagai “kuda” beliau. Dan Mukhriz telah membuktikan beliau tidak mahir dan cerdik dalam politik. Mukhriz juga tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diharapkan bahawa Mahathir telah menyembunyikan fakta-fakta tertentu dari beliau dan melayannya atas dasar “hanya yang perlu” sahaja.

Mahathir sedang mempertimbangkan untuk menggantikan Mukhriz dengan Mokhzani tetapi kemudian Mokhzani mempunyai masalah sendiri untuk menyelesaikan isu mengenai jenayah “insider trading”. Tambahan pula Mahathir turut menghadapi masalah dengan pemegang amanah, proksi, penama-penama dan kroni yang cuba untuk melarikan diri seperti apa yang tikus biasa lakukan apabila kapal-kapal sedang tenggelam.





Terjemahan – Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top