.... Muhyiddin Buang Malu Untuk Bertemu Anwar Di Mahkamah (Foto) | AAKJ



Selepas Mahathir , Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hadir pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas sidang mahkamah, Muhyiddin berkata kehadirannya adalah untuk memberi sokongan moral kepada Anwar yang disifatkan sebagai 'ketua umum' PKR.

Malah selepas selesai perbicaraan, Muhyiddin turut bertemu Anwar di bilik saksi kira-kira 30 minit .

Ketika ditanya apakah perbincangan bersama bekas ketua pembangkang itu, Muhyiddin hanya tersenyum dan enggan menjawab soalan.

Bagaimanapun katanya, sebagai presiden PPBM, penting untuk dirinya berjumpa Anwar bagi menjalin kerjasama bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Beri sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar dalam perbicaraan yang sedang berjalan. Dah lama tak jumpa.

"Lebih-lebih lagi beliau adalah de facto PKR, saya rasa penting sebagai presiden PPBM untuk jalinkan hubungan supaya kerjasama kita harap akan terjalin dan akan jadi satu kenyataan.

"Jadi kita harap dengan ini, kerjasama yang hendak kita jalin untuk (membina) satu pakatan yang kukuh untuk hadapi BN pada pilihan raya umum akan datang akan dapat dilaksanakan," katanya.


Apapun alasan yang diberikan oleh Muhyiddin ataupun Mahathir atau siapa sahaja yang namanya pembangkang, mereka rasakan mereka tidak akan kuat tanpa Anwar. Kesian!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top