.... Foto Tidak Sampai 30 Orang Keluar UMNO Di Ampang | AAKJ



Tidak sampai pun 30 pemimpin akar umbi Umno hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu kerana hilang keyakinan terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media yang diketuai oleh bekas exco Pemuda Umno Malaysia yang digantung keahliannya, Mohd Rafiq Naizamohideen.

“Kami bersetuju dan bersedia keluar Umno berkuatkuasa serta merta.

“Walau berat tapi yakin ramai yang hilang keyakinan dan barisan kepimpinan yang sebelum ini kami pertahankan sehingga hujung nyawa.

“Kerana apa kami buat, kerana matlamat perjuangan Umno tak letak rakyat keutamaan, tetapi membenarkan, menyokong kemungkaran dan salah guna kuasa berleluasa di Malaysia,” katanya.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media di Hotel De Palma Ampang sebentar tadi.

Ramai yang kata kenapa bekas Exco Pemuda Malaysia yang dilihat ‘cool’ mukanya dihukum gantung keahlian dalam UMNO? Anda nilaikan sendiri melalui program ini. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Dan memalukan bila label program tersebut “keluar UMNO beramai-ramai” menjadi “beberapa kerat dari seluruh UMNO Selangor” yang keluar.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top