.... Foto Beberapa Pemuda Hanya Pakai Seluar Dalam Di F1 | AAKJ



ADAKAH litar F1 kini dijadikan medan untuk mempersenda dan menghina negara kita? Siapa dalang disebalik tindakan keji ini?

Pagi ini kecoh di laman sosial, kejadian semalam bendera Malaysia dijadikan seluar dalam dan dipakai oleh beberapa anak muda di litar F1 Sepang.

Tidak dapat dipastikan samada mereka ini rakyat Malaysia atau pengunjung dari negara lain. Namun yang jelas mereka langsung tidak menghormati budaya negara ini dan wajar dikenakan tindakan yang seberatnya serta tidak dibenarkan lagi memasuki negara ini di masa akan datang.

Perbuatan ini tidak ubah seperti pembangkang dan penyokong mereka yang sering mengeluarkan kenyataan dan mengambil tindakan yang memalukan agama Islam, dan Malaysia.



Menurut sumber, kesemua mereka sudah ditahan namun tidak dapat dipastikan bentuk tindakan yang diambil oleh PDRM.

Berita selanjutnya menyusul.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top