.... Datuk Terlajak Laris "Terlajak Salahkan" Kerajaan? Bah. 2 | AAKJ



Nampaknya Datuk Terlajak Laris perlu pertahankan diri kerana ramai sudah mula menghidu 'langkah terlajak' beliau dalam strategi 'terlajak sudah'.

Semalam Aakj ada terbitkan rungutan dan dakwaan dari netizen serta pelanggan beliau dan ini adalah penjelasan dari netizen yang turut juga peka di dalam isu "terlajak tuduh" ini. Di SINI.


Dari facebook Aznil Hisham:

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' Aliff yg kini sedang mencontohi syarikat2 besar seperti Sony, Honda, Toyota, Loreal dan syarikat2 besar yang lain, yg mula membina empayar perniagaan di negara luar.

2. Saya gembira dengan kejayaan Dato'. Namun, ada beberapa perkara yg saya fikir pelik dari penjelasan Dato'.

3. Dato' buka kilang di Thailand adalah kerana keadaan ekonomi negara yg teruk. Syarikat2 besar seperti Sony, Toyota, Honda, Loreal dll suatu ketika dulu juga membuka kilang di Malaysia. Adakah apabila syarikat2 besar dunia buka perniagaa di Malaysia bermakna negara mereka seperti Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat mengalami masalah ekonomi yang teruk?

4. Menurut Dato' mata wang Thailand lebih tinggi. Gaji pekerja Thailand lebih tinggi. Jadi mengapa Dato' buka kilang disebuah negara yg kos sangat tinggi? Saya bukan ahli perniagaan. Saya agak kurang faham, indikasi membuka kilang disebuah tempat yg memiliki kos operasi yg tinggi.

5. Menurut Dato', ekonomi Malaysia merudum. Dato' terpaksa buka kilang di Thailand. Tapi pasaran product Dato' di Malaysia. Bukankah ekonomi Malaysia teruk? Buatlah pasaran product Dato' di Thailand. Ekonomi mereka bagus bukan?

6. Kos sara hidup di Malaysia lebih tinggi berbanding Thailand. Saya cari perbandingan. Saya dapati fakta Dato' berbeza dengan dapatan saya (lihat gambar).

7. Jika ekonomi Malaysia teruk, tapi kenapa jenama2 kosmetik terkenal dunia sangat laris di Malaysia? Baru2 ini Samsung note 7 habis dalam masa beberapa jam. Saya cuba ingin faham logik Dato'.

#Penjelasan.

1. Sebenarnya inilah dinamakan "Business expansion". Suatu masa dulu, negara kita mundur. Apa yg berlaku, negara2 besar dunia menjadikan Malaysia sebagai tapak untuk membina kilang. Sebab apa?, sebab kos pekerja yg murah dan bahan mentah yg mudah diperolehi. Pekerja2 ketika itu adalah pekerja separa mahir. Maka, kita berpeluang belajar teknology dan pengetahuan product2 mereka.

2. 50 tahun kita lalui proses ini. Akhirnya kita sudah mampu bersaing dengan syarikat2 lain. Kini kita pula meneroka negara2 luar mencari peluang perniagaan sebagaimana negara besar dunia lakukan pada kita. Pekerja2 Malaysia yg dahulu separa mahir, kini menjadi pekerja mahir. Apabila taraf status pekerja kita meningkat, maka harga yg perlu kita bayar untuk mereka juga tinggi. Dan itu sebab, ada syarikat2 lain mencari tapak baru untuk dapatkan sumber pekerja yg murah.

3. Dahulu, kita panggil mat salleh buka pelantar minyak di negara. Kita belajar teknology dan pengetahuan mereka. Kemudian Petronas mengambil alih. Kini, Petronas pula mencari negara luar untuk bantu buka pelantar minyak.

4. Begitu juga dari bidang properties, pengangkutan awam dan lain2. Lihat di Tanah Arab, betapa bangganya kita apabila anak2 Malaysia membantu membina sistem pengangkutan dan sistem air di sana.

5. Inilah evolusi. Dulu kita adalah tapak semaian. Kini kita mencari tapak semaian. 50 tahun perlaburan kerajaan utk bantu syarikat2 Malaysia.

6. Dato' bermula dan menjadi berjaya di negara ini. Negara ini yg bantu Dato' menjadi insan yg hebat. Kini Dato' mendakwa rakyat dalam negara ini tidak dapat peluang pekerjaan dan terpaksa merempat dengan hina di Australia. Kini Dato' mempersoalkan apa yg patut negara buat untuk bantu rakyat. Persoalannya, apa sumbangan Dato' untuk bantu negara yang suatu masa dahulu telah membantu Dato'?. Adakah membuka kilang di Thailand dapat memberi peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini?

7. Dato' yang dikasihi. Jika saya diberi pilihan, saya tidak mahu bekerja di Lahad Datu meninggalkan isteri dan anak2. Tapi saya tetap berkorban. Sebab rakyat dan negara ini banyak membantu saya. Dan inilah masanya saya membalas jasa rakyat dan negara.

8. Saya faham kenapa Dato' tulis begini. Ini adalah marketing strategy yg hebat. Meletakkan beban kesalahan atas bahu kerajaan adalah satu kaedah yang mampu menaikkan popularity. Sebab rakyat telah di ajar begitu. Dato' bijak kerana mempergunakan dan memperalatkan ketidak-cerdikan rakyat yg ada masa ini.

9. Saya tak pasti. Bila rakyat mula sedar dari dipergunakan..





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top