.... Dana Politik: Derma 'Tin Milo' Pembangkang Turut Diteliti | AAKJ



Selain cadangan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Datuk Abdul Rahman Dahlan mahukan lebih pengawasan.

Ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, harus turut melibatkan derma “tin milo” yang diterima pembangkang.

“Saya percaya inisiatif baru tidak hanya melihat jumlah derma-derma besar.

“Ceramah mingguan pembangkang, yang melibatkan derma-derma dengan mengedarkan tin Milo untuk mengutip sumbangan hadiri, patut juga diteliti.

“Sebagai tambahan, sumbangan melalui majlis makan malam kutipan dana juga perlu dilihat.

“Mungkin setiap derma jumlahnya kecil, tetapi memandangkan nilainya besar, angka akhir adalah besar dan boleh jadi sehingga berjuta-juta dalam setahun,” kata Rahman di Facebook hari ini.

JKNMPP hari ini mengumumkan 32 cadangan, termasuk keperluan parti-parti mengisytiharkan sebarang penderma yang menyumbang lebih daripada RM3,000 setahun.

Cadangan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh anggota parlimen Pakatan Harapan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top