.... Bunuh Diri Atau Dibunuh? | AAKJ



Dari facebook Dr Abdul Rahman Abdul Kadir

#BUNUH_DIRI: #BIARLAH_YANG_PAKAR_SAJA_BERBICARA

Saya berasa sedih dengan penemuan mayat seorang lelaki yang dikatakan kononnya telah membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang.

Rata-rata orang ramai mengulas isu ini kerana 'pesanan' terakhir arwah adalah meviralkan kisahnya untuk menjadi iktibar. Apapun teori dan pandangan anda, kematian itu adalah benar dengan penemuan mayat hari ini.

Sahabat-sahabat semua, apabila mayat yang disyaki membunuh diri dijumpai, ia perlulah dianalisis oleh pakar2 forensik dan disiasat oleh PDRM. Ini adalah kerana sesuatu kes suicide (bunuh diri) itu berkemungkinan bukan suicide sebaliknya adalah homicide (pembunuhan manusia).

Misalannya, jika satu mayat yang ditemui tergantung di leher, ia tidak semestinya si mati menggantung dirinya. Ada kemungkinan orang lain membunuhnya dan menggantung mayatnya bagi memberi persepsi bahawa mangsa membunuh diri.

Di sinilah kepakaran para penyiasat jenayah PDRM dan pakar forensik akan memainkan peranan mereka bagi merungkai misteri di sebalik kematian seseorang individu.

Saya tidak pasti jika arwah yang mayatnya ditemui di laut hari ini telah membunuh diri atau tidak walau pada zahirnya ia kelihatan sedemikian. Sebagai saudara seIslam saya berharap dan berdoa agar beliau tidak membunuh diri kerana kematian seperti itu adalah dosa besar dan mati sesat walau atas apa alasan sekalipun.

Saya mempunyai sebab juga meragui kes ini adalah kes bunuh diri. Jarang sekali orang yang mati bunuh diri akan membuat publisiti dan hanya menyalahkan kerajaan. Mesej mereka akan lebih berupa pesanan terakhir kepada ahli keluarga dan orang tersayang. Lebih aneh lagi saya diberitahu bahawa individu berkenaan adalah seorang yang tidaklah miskin kerana mempunyai rumah dan kereta serta keluarga yang kelihatan bahagia. Amat aneh jika mengambil keputusan membunuh diri hanya disebabkan oleh masalah penjualan rokok seludup. Lebih pelik lagi, selain Perdana Menteri, Presiden PAS saja disebut secara spesifik seolah2 mempunyai agenda menyekat kesatuan umat Islam.

Apakah mungkin ia adalah merupakan perancangan jahat pihak2 yang berkepentingan yang mahu meniru cetusan Arab Spring yang bermula dengan upacara bunuh diri seorang pemuda penjual buah di Tunisia?

Demi keselamatan akhirat arwah, saya berdoa biarlah kematiannya bukan bunuh diri sebaliknya merupakan pembunuhan. Siapa saja boleh upload mesej tersebut dan mencampakkan mayatnya ke dasar laut dengan batu agar tidak ditemui. Kesemua kemungkinan ini adalah mungkin dan sudah pasti sedang disiasat dengan teliti dan agresif oleh pihak berwajib.

Jika sekalipun beliau benar2 membunuh diri, saya berdoa agar beliau melakukannya dalam keadaan tidak waras/gila. Kerana orang tidak waras/gila itu sememangnya terputus catatan amal dosa dan pahalanya. Kemungkinan ini juga ada terutamanya jika si mati ada menunjukkan keganjilan perangai atau tanda2 kemurungan yang melampau sebelum kematiannya.

Apapun, sama2lah kita mendoakan agar dosa arwah diampuni ALlah dan diberikan kekuatan buat ahli keluarganya mengharungi saat2 kesedihan dan dugaan yang sebegini besar.

Kita sebagai rakyat perlu berhenti mengulas dan menyalahkan mana2 pihak. Mayat sudah dijumpai dan serahkan kepada pihak berkuasa dan pakar2 untuk mencari sebab kematian.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top