.... Bilangan Kakitangan Kerajaan Terlalu Besar? | AAKJ



Jumlah guru di negara ini sahaja 420,000 orang. Jumlah anggota Polis pula sekitar 110 ribu dan anggota Tentera 150 ribu orang.

Jumlah anggota polis sebanyak 110 ribu orang adalah tidak mencukupi berbanding jumlah penduduk negara ini yang telah mencecah 30 juta orang.

Tiga sektor ini sahaja merangkumi separuh daripada jumlah kakitangan kerajaan. Ini belum mengambil kira bilangan pegawai perubatan dan sokongan kesihatan, pasukan bomba dan penyelamat dan pasukan pertahanan awam.

Justeru andaian kerajaan mempunyai pekerja yang terlalu ramai adalah sangat meragukan.

Kita mungkin hanya melihat jumlah 1.2 juta kakitangan awam ini terlalu banyak kerana membayangkan kerja mereka sebagai kerani dan pegawai pejabat.

Apabila dilihat mengikut sektor pekerjaan ia bukanlah satu jumlah tenaga kerja yang terlalu besar dan membazir seperti di dakwa oleh sebuah institut yang membawa agenda DAP.

Sebaliknya ada kemungkinan kita perlu menambah kakitangan kerajaan dalam sektor tertentu.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top