.... 'Berita Publishing' Bankrup Di Bawah Kadir Jasin? | AAKJ



Ramai menganggap Datuk Abdul Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara, adalah pentaksub Tun Mahathir Mohamad dan akan berbuat apa sahaja demi negarawan tersebut. Tidak ramai yang tahu bahawa kesetiaan sebenar Kadir ialah kepada Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan Malaysia.

Malah ramai yang tidak tahu bahawa ketika beliau dianggap leftenan Mahathir sejak puluhan tahun, hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim tidak pernah putus. Kadir akan mempertahankan Mahathir sehingga ke akhir hayat, tapi beliau juga tidak segan silu “berselingkuh” dengan politik Anwar.

Beliau antara segelintir penulis besar yang mengunjungi Anwar Ibrahim apabila bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan.

Dulu apabila Anwar dipecat, Kadir antara beberapa orang yang diberi tugas khas merangka propaganda membantu Mahathir dan Barisan Nasional. Kempen propaganda Kadir Jasin menjadi “backfired” apabila beberapa iklan propaganda seperti “sakit kepala” dan lain-lain menarik simpati orang Melayu kepada Anwar Ibrahim. Akibatnya UMNO hilang puluhan kerusi.

Apakah Kadir benar-benar ikhlas membantu UMNO atau menjadi agen Anwar dari dalam sukar dibuktikan.

Sejak beberapa hari ini Kadir Jasin sekali lagi tampil menjadi panglima Mahathir. Beliau meningkatkan serangan ke atas kepimpinan Mohd Najib seolah-olah beliau pakar ekonomi dan perniagaan. Apakah beliau benar-benar panglima Mahathir atau alat Anwar untuk memusnahkan UMNO sekali lagi.

Mahathir tidak memberi kekayaan kepada Kadir Jasin. Daim dan Anwar yang mengkayakan Kadir menerusi pemberian saham dalam IPP dan Realmild Berhad yang mengambil alih TV3 dan Kumpulan NSTP suatu ketika dahulu.

Mahathir hanya berjasa melantik Kadir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP dan memberi ganjaran Berita Publishing (anak syarikat NSTP) apabila mahu menyingkirkan Kadir dari NSTP berikutan kegagalan pilihan raya 1999.

Kadir cuba meyakinkan masyarakat bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan sangat buruk dan banyak “keajaiban jahat” dalam 1MDB.

Menurut sumber, hakikatnya, Kadir sebagai seorang ahli perniagaan berakhir 13 tahun selepas beliau mewarisi sebuah syarikat penerbitan yang agak hebat pada tahun 2000. Semasa Kadir mengambil alih Berita Publishing, syarikat terbabit mempunyai kontrak lumayan dengan MAS, “leader” dalam penerbitan majalah ekonomi (Malaysian Business), majalah untuk wanita (Jelita) dan majalah hiasan dalaman paling laris “Anjung Seri.”

Hari ini semua itu musnah di bawah pengurusan Kadir Jasin dan kita mahu percaya kepada analisis ekonomi dan perniagaan beliau?



sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top