.... Anak Yatim Piatu Mangsa Kemalangan DUKE Ditipu Pak Cik Sendiri? | AAKJ



PERCAYA atau tidak? Isu pecah amanah dan kepincangan adik beradik mangsa nahas di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE) sudah didedahkan kepada netizen di laman sosial sejak lima bulan lalu.

Pendedahan berkenaan dilakukan oleh abang ipar mangsa sendiri yang hanya dikenali sebagai Datuk Roslan melalui akaun Facebooknya iaitu Draz Dma pada Mei lalu.

Ia kebetulan adalah sempena genap setahun peninggalan Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan; selepas terlibat dalam kemalangan pada awal Mei tahun lalu.

Insiden ngeri tersebut menyebabkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4, sekelip mata bergelar anak yatim piatu.

Ketika itu, ramai yang tampil menghulurkan sumbangan dan adik beradik mangsa turut menyatakan kesanggupan untuk menjaga dua kanak-kanak itu.

Namun, janji hanya tinggal janji apabila dua adik beradik itu tinggal bersama Roslan dan isterinya, Yusnida Husain sejak insiden berkenaan.

Pemerhatian Mynewshub mendapati, pendedahan berkenaan adalah sama seperti yang dinyatakan isterinya pada satu sidang media Selasa lalu yang mendakwa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain ‘pecah amanah’.

Roslan dalam pendedahannya turut menyatakan sikap sebenar adik beradik mangsa dan ‘ketamakan’ mereka untuk mendapatkan duit dengan cara mudah.

Berikut adalah pendedahan Roslan mengenai sikap adik beradik mangsa dan nasibnya sekeluarga selepas insiden tersebut.

PIKUL TUGAS MENDIDIK & MENJAGA


PENUHI KEPERLUAN AMIRAH & AQILA



KETAMAKAN DUIT AHLI KELUARGA




HUBUNGAN ADIK BERADIK RETAK


Roslan dan isterinya bagaimanapun akan menjalankan tanggungjawab dengan menjaga dua adik beradik itu mengikut kemampuan mereka.

“Doakan kami supaya dipermudahkan buat Anak- anak ini membesar dengan kehidupan sebenar dan mendapat keberkatan Dunia & Akhirat,” katanya. 



MAHKAMAH Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini mengekalkan perintah membekukan tiga akaun bank milik dua adik-beradik mangsa nahas insiden di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (DUKE), Mei tahun lalu.

Sebuah portal media melaporkan, keputusan berkenaan dibuat Hakim Nassir Abdul Aziz yang menolak permohonan Hamlizar Husain dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain untuk mengetepikan perintah berkenaan.

Hakim mengekalkan perintah tersebut agar Hamlizar, 44, dan Faizznur, 26, dilarang melakukan sebarang transaksi dari akaun mereka sehingga siasatan polis selesai dan kes itu diputuskan.

Menurutnya, pengurusan Maybank Berhad perlu memberi kerjasama dengan membekalkan dokumen berkaitan transaksi sumbangan melalui tiga akaun bank tersebut.

Kakak mereka, Yusnida yang merupakan responden, turut diperintahkan untuk melantik akauntan bertauliah bagi meneliti jumlah sebenar dan transaksi pemberian sumbangan orang ramai kepada dua adik beradik, Nur Firuza Amira; 8, dan Nur Firuza Aqila; 4.

Laporan berkenaan hendaklah difailkan di mahkamah sekurang-kurangnya 2 hari sebelum prosiding perbicaraan kes induk nafkah didengar pada 28 dan 29 November ini.

Yusnidah diwakili peguam Mahyuddin Md Zahari, manakala Hamlizar dan Faizznur diwakili peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar.

Pada 19 Mei lalu, Yusnida berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk membekukan akaun milik dua adiknya itu.

Namun, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Faizznur pula memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah tersebut.

Selasa lalu, Yusnida mendedahkan adik bongsunya, Faizznur pecah amanah selepas gagal menyerahkan wang sumbangan orang ramai kepada Amira dan Aqila yang didakwa berjumlah RM300,000.

Yusnidah turut mendakwa adik-beradiknya enggan menyerahkan wang sumbangan itu atas alasan wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.


– MYNEWSHUB.CC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top