.... Wajah Anwar Menceritakan Segalanya | AAKJ



Ramai yang berpendapat forum ‘Nothing to Hide 1.0’ pada 8 Jun 2015, dimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengunakannya untuk mencabar Perdana Menteri Najib Tun Razak, adalah perancangan terbesar Mahathir dan titik terendah Najib. Penampilan Mahathir di mahkamah pada 5 September 2016, bagaimanapun, di mana dia memberi penghormatan kepada Anwar, adalah puncak kepada segala-galanya. Tidak ada yang dapat menandingi perkara itu setakat ini dan ia akan tercatat dalam sejarah sebagai titik terendah Mahathir di mana dia terpaksa tunduk kepada lelaki yang dia lebih suka mati dari bekerjasama dengan individu tersebut tidak lama dahulu.

Apa yang telah berubah? Apa yang berubah adalah Mahathir kini mempertaruhkan kad terakhirnya. Ini bermakna Mahathir tidak mempunyai kad lain untuk dipertaruhkan – jika tidak ia tidak akan dipanggil ‘kad terakhir’. Muhyiddin Yassin telah “habis”. Mukhriz telah selesai. Kini, sama ada Anwar Ibrahim atau langsung tiada apa-apa lagi. Dan ‘tiada apa-apa’ tidak boleh menjadi satu pilihan pada peringkat ini kerana perkara bernilai RM100 bilion itu masih belum diselesaikan dan dia perlu menggertak proksi dan calonnya untuk mendapatkan kembali wang itu.

Mahathir suka memberitahu kita cerita tentang bagaimana dia mahu Anwar menyertai Umno untuk menghalang dia daripada menyertai PAS. Perkara itu bukanlah keseluruhannya benar kerana pada masa itu pembangkang adalah sangat lemah dan bukanlah ancaman kepada Umno manakala PAS dan DAP tidak akan bekerjasama. Malah, apabila Mahathir mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981 selepas menggunakan Sulaiman Palestin untuk menggulingkan Tun Hussein Onn, dia menegaskan bahawa Anwar tidak akan diterima ke dalam Umno.

Tetapi, tidak lama selepas Mahathir mengambil alih, muncul dua pencabar takhta yang jika tidak ditangani dengan betul, boleh menjadi pencabar serius dan satu ancaman. Dan kedua-dua ini ialah Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Musa adalah Timbalan Perdana Menteri yang dipilih oleh ahli-ahli (dan tidak dipilih oleh Mahathir) manakala Tengku Razaleigh adalah Menteri Kewangan yang dilantik oleh Perdana Menteri sebelum ini, Hussein.

Jadi kedua-duanya bukan ‘orang Mahathir’ dan tidak berhutang kesetiaan kepada Mahathir. Dan kedua-dua mereka berasa mereka sepatutnya menjadi Perdana Menteri dan bukannya Mahathir. Dan mereka adalah orang yang berbahaya.

Pada waktu itulah Mahathir mengubah fikirannya tentang Anwar. Walaupun dia merasakan bahawa Anwar terlalu berbahaya, Mahathir tahu bahawa Anwar tidak memberi sebarang ancaman selagi Musa dan Tengku Razaleigh masih ada kerana mereka akan menghalang kebangkitan Anwar. Jika Anwar mahu bangkit maka dia perlu terlebih dahulu menyingkirkan dua halangan itu, Musa dan Tengku Razaleigh. Jadi ianya masuk akal untuk membolehkan Musa dan Tengku Razaleigh untuk berlawan dengan Anwar.

Pendek kata, Mahathir mencipta semula keseluruhan konsep politik Machiavelli – meneutralkan dua musuh dan potensi ancaman dengan menambah pihak ketiga ke dalam persamaan itu. Sebagaimana yang mereka katakan, dalam perlawanan tiga penjuru, pereka yang memenangi permainan, dan dalam permainan ini Mahathir yang menentukan peraturannya.

Ada yang bertanya kenapa Mahathir tidak menghapuskan sahaja Tengku Razaleigh? Dengan melakukan sebegitu hanya akan membuat Musa lebih kuat. Mahathir memerlukan Tengku Razaleigh untuk menentang Musa, yang mana kedua-dua Musa dan Tengku Razaleigh tahu. Jika Musa dan Tengku Razaleigh membuat keputusan untuk bekerjasama menentang Mahathir, maka ia adalah titik penamat bagi Perdana Menteri. Jadi Anwar sangat berguna sekiranya Musa dan Tengku Razaleigh menjadi sekutu dan bersatu.

Dan ini adalah dengan tepat sekali apa yang berlaku dan Mahathir telah terbukti betul. Untuk mendapatkan sokongan Anwar, dia telah ‘diberikan’ jawatan Ketua Pemuda Umno. Bagaimanapun, untuk menjadi Ketua Pemuda, Anwar terpaksa menerima apa sahaja daripada Mahathir. Untuk memastikan Tengku Razaleigh dan Musa tidak membentuk satu pakatan dengan Anwar (yang mana telah mereka cuba lakukan melalui Ibrahim Ali), Mahathir menyebarkan khabar angin bahawa Anwar adalah penggantinya. Ini bermakna Musa dan Tengku Razaleigh juga melihat Anwar sebagai musuh dan satu ancaman.

Ia kembali semula kepada politik Machiavelli – mengaplikasikan konsep pecah dan perintah. Timbulkan konflik Musa menentang Tengku Razaleigh dan kemudian timbulkan konflik Anwar menentang kedua-duanya. Kemudian apabila Musa dan Tengku Razaleigh bersatu menentang Mahathir, Anwar mengetuai gerakan itu dengan Gerakan Pemuda di belakangnya. Mahathir menang dengan majoriti tipis – yang banyak mengatakan bahawa jika bukan kerana Gerakan Pemuda, Tengku Razaleigh sepatutnya akan menjadi Perdana Menteri dengan Musa sebagai timbalannya.

Ianya tepat jika seseorang itu mengatakan bahawa Mahathir bergantung kepada Anwar untuk bertindak, yang dia lakukan selepas kejayaan Gerakan Pemuda. Tahun lepas, Najib juga mendedahkan bahawa dia telah menyelamatkan Mahathir dari kekalahan pada tahun 1987, yang mana benar memandangkan dia adalah Timbalan kepada Anwar dan mempunyai kuasa yang sama dalam Gerakan Pemuda.

Sebenarnya, Mahathir tidak benar-benar berhasrat untuk memberi jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. Tetapi dia memerlukan semua orang untuk percaya bahawa perkara itu akan terjadi. Selepas itu, akan ada tiga orang yang mahu menjadi Perdana Menteri yang tidak mempercayai antara satu sama lain – dan bukannya semua bersatu menentang Perdana Menteri, yang akan menjamin berakhirnya era Mahathir.

Setelah Musa dan Tengku Razaleigh diselesaikan, Mahathir melantik Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru. Ghafar tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri (sebenarnya, dia juga tidak mempunyai apa-apa cita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri) maka dia adalah calon yang selamat, tambahan pula dia cukup lemah untuk digulingkan apabila tiba masanya. Mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang lemah mungkin juga memberi idea kepada Anwar.

Pendek kata, Ghafar adalah umpan dan jika Anwar membuka langkahnya ke atas Timbalan Perdana Menteri, itu bermakna Anwar mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Mengapa pula Anwar akan menggulingkan Ghafar untuk mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri jika dia tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri? Jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah batu loncatan kepada jawatan Perdana Menteri.

Anwar melakukan apa yang Mahathir mengesyaki dia akan lakukan. Pada tahun 1993, Anwar membuka langkahnya ke atas Ghafar dan mengambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kemudian, pada tahun 1996, Anwar membuka langkahnya ke atas Mahathir. Tetapi Mahathir sudah bersedia. Dia telah menunggu selama tiga tahun sejak 1993. Dan senjata yang Mahathir akan gunakan terhadap Anwar, yang sudah dia asah sejak tahun 1993, adalah isu liwat.

Sejak tahun 1993 Mahathir telah ‘menggemukkan’ fail Anwar. Dan lelaki yang Mahathir tugaskan untuk menyediakan fail ini adalah Ketua Polis Negara pada waktu itu, Tun Mohammed Hanif Omar, yang bersara sebagai Ketua Polis Negara pada tahun 1994. Malah, menurut testimoni Hanif di mahkamah, dia telah menyediakan fail ini sejak beberapa tahun, yang bermaksud ia mesti telah lama sebelum 1993 kerana dia bersara pada tahun 1994, menurut Raja Petra.

Ini bermakna Mahathir telah menunggu Anwar untuk membuka langkahnya ke atas Ghafar, yang mana dia lakukan pada tahun 1993, dan sekali Anwar membuka langkahnya ke atas Mahathir pada tahun 1996, Mahathir melawan kembali dan menaikkan isu liwat untuk menjatuhkan Anwar. Ia adalah satu perangkap yang Mahathir letakkan sejak tahun 1980an lagi dan yang hanya dia gunakan apabila Anwar membuka langkahnya, satu penantian yang lama iaitu selama 10 tahun.

Jadi, jika Mahathir menyediakan fail mengenai Anwar dan menyimpannya selama sepuluh tahun, ini bermakna Mahathir tidak pernah mempercayai Anwar dari awal lagi dan hanya menggunakan Anwar untuk menghapuskan semua ancaman dan musuh-musuhnya – yang mana selepas itu Anwar sendiri akan dibuang apabila semuanya sudah tamat dan Anwar sendiri menjadi satu ancaman. Dan Anwar tahu perkara ini boleh dan akan berlaku buat kali yang kedua sebaik sahaja dia bekerja dengan Mahathir untuk menggulingkan Najib.

Selepas Mahathir menjatuhkan Anwar dengan dakwaan Liwat 1, dia melantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai timbalan barunya. Beliau merupakan seorang lelaki yang dilihat sebagai lemah dan seseorang yang tidak mempunyai cita-cita yang boleh diberikan tugas sebagai Perdana Menteri. Dan dia akan diberi tugas Perdana Menteri dengan beberapa prasyarat, yang mana Mahathir berkata dia menghabiskan 15 bulan dari pertengahan 2002 hingga Oktober 2003 untuk berbincang dengan Abdullah.

Salah satu daripada prasyarat itu adalah anaknya Mukhriz dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda pada 2004 dan Ketua Pemuda pada tahun 2009. Tetapi Mahathir salah perkiraan dengan tidak memasukkan Khairy Jamaluddin dalam percaturan itu dan ini mengganggu keseluruhan rancangannya. Mahathir merungut bahawa Abdullah gagal menunaikan janjinya dan kerana itu dia perlu menggantikannya dengan Najib.

Sebelum ini Najib tidak pernah menunjukkan sebarang tentangan dan sentiasa memberi gambaran bahawa dia adalah jinak dan patuh. Jadi dia adalah calon yang selamat dan seseorang yang boleh dikawal, menurut pendapat Mukhriz. Walau bagaimanapun, Najib adalah berbeza daripada Abdullah atau yang lain. Najib mengamalkan ajaran Sun Tzu di mana walaupun anda kuat anda perlu kelihatan lemah dan tidak pernah menunjukkan potensi sebenar kekuatan anda kepada musuh anda. Jika pada masa itu Najib menunjukkan kekuatan sebenarnya, Mahathir dan Anwar akan menjatuhkannya. Jadi dia mengambil masanya dan berpura-pura menjadi lemah dan tidak mengancam sesiapa. Dan Mahathir mempercayainya.

Kemudian berlakunya kekalahan Mukhriz pada tahun 2013 dan pada masa itu Anwar menghadapi tuduhan Liwat 2. Takut bahawa Najib mungkin bersekutu dengan Anwar untuk menentangnya – yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia boleh menjadi satu kemungkinan kerana Anwar telah dibebaskan daripada pertuduhan itu dan tiada rayuan telah dibuat – Mahathir meminta Peguam Negara, Gani Patail, untuk campur tangan.

Dan, untuk memastikan bahawa kali ini Anwar akan kalah rayuan itu dan tidak menang seperti dalam kes Liwat 1, Mahathir menegaskan agar Shafie Abdullah mengetuai pendakwaan. Keputusan untuk Shafie mengetuai pendakwaan telah dibuat oleh Mahathir, yang bercakap dengan Najib dan memberitahunya bahawa keputusan itu tidak boleh diubah.

Mahathir mahu memastikan bahawa kali ini Anwar tidak akan terlepas seperti yang berlaku dalam dakwaan Liwat 1. Dan Mahathir bimbang jika dia tidak campur tangan dan memastikan Anwar dipenjarakan untuk Liwat 2, Najib mungkin akan memandang mudah kepadanya dan membenarkan pembebasannya. Najib tidak perlu melakukan apa-apa dan Anwar akan dapat dibebaskan. Tetapi Mahathir tidak akan membenarkan ini berlaku.

Jadinya, walaupun ada yang mengatakan Mahathir meletakkan Anwar di penjara untuk Liwat 1 manakala Najib meletakkan Anwar di penjara untuk Liwat 2, ia sebenarnya Mahathir yang meletakkan Anwar di penjara untuk kedua-dua Liwat 1 dan Liwat 2. Dan kes Liwat 2 bermula pada masa Abdullah pada tahun 2008 dan bukannya pada masa Najib pada tahun 2009. Ketakutan terbesar Mahathir adalah bahawa Najib akan membenarkan Anwar terlepas dan dia memastikan bahawa ini tidak berlaku.

Dan Anwar tahu perkara ini, sebab itulah dia memanggil Mahathir ular. Anwar tahu Mahathir menggunakannya untuk menyelamatkan Mahathir pada 1980an dan akan, sekali lagi, menggunakannya untuk menyelamatkan Mahathir jika perlu. Dan itulah satu-satunya sebab Mahathir pergi ke mahkamah pada 5 September – untuk memberi penghormatan kepada Anwar. Mahathir perlu menggunakan Anwar sekali lagi tetapi kali ini terhadap Najib.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata lawatan Mahathir ke mahkamah pada 5 september 2016 adalah satu ‘mesyuarat yang diatur’. Anwar tidak benar-benar berminat untuk bertemu dengan Mahathir kerana dia tahu orang tua itu yang memenjarakannya pada kedua-dua kes ditambah pula dia tidak akan bersetuju dengan kempen Bebaskan Anwar untuk menjadi sebahagian daripada kempen Selamatkan Malaysia. Tetapi Anwar mahu melihat Mahathir tunduk di kakinya. Ini akan membawa lebih banyak keseronokan kepada Anwar lebih daripada keseronokan dibebaskan dari penjara. Dan air muka Anwar hari itu menggambarkan semua itu. Senyuman sinis pada muka Anwar adalah seperti dia telah mendapat kejayaan yang besar.

Satu-satunya objektif Mahathir adalah untuk menjatuhkan Najib. Apa yang Mahathir tidak sedar adalah bahawa lebih ramai orang ingin melihat dia dijatuhkan. Orang-orang seperti Musa, Tengku Razaleigh, Abdullah, Anwar, dan sebagainya, yang Mahathir fikirkan kini bersekutu dengan dia sebenarnya berdoa untuk hari di mana Najib menjatuhkan Mahathir.

Betapa ironisnya bahawa Mahathir kini bergantung kepada orang-orang yang pernah dia khianati. Mereka tidak pernah memaafkannya dan mereka merasa lucu bahawa Mahathir kini meminta bantuan mereka. Tidak pernah dalam sejarah seseorang itu kembali kepada musuh-musuhnya untuk meminta bantuan. Mahathir semestinya benar-benar naif jika memikirkannya musuh-musuhnya dapat memaafkannya kerana mereka kini berkongsi matlamat yang sama.

Pada Mahathir ini tidak lagi mengenai kuasa atau tentang menjadikan anaknya Perdana Menteri. Perkara itu adalah mustahil. Satu-satunya harapannya adalah untuk menjaga proksi dan calonnya sehingga dia dapat kembali RM100 bilion atau sekurang-kurangnya sebahagian daripada RM100 bilion itu daripada mereka.

Mahathir perlu memberi gambaran bahawa dia masih lagi mengawal permainan dan masih lagi dalam permainan. Itulah sebabnya kisah berjabat tangan di antara Mahathir dan Anwar digembar-gemburkan, seolah-olah itu adalah kejayaan terbesar abad ini. Ia hanyalah satu rancangan untuk memberi gambaran bahawa permainan telah diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Pada hakikatnya ia hanyalah tindakan yang tiada makna.

Proksi dan calon Mahathir melihat perkembangan ini dengan teliti. Jika mereka fikir Mahathir dan Anwar berjabat tangan diterjemahkan kepada pertukaran kerajaan pada pilihan raya umum akan datang maka mereka semua mesti mengawal tindak-tanduk mereka. Tetapi jika mereka mengesyaki bahawa Pakatan mungkin akan menjadi lebih teruk pada pilihan raya umum akan datang berbanding pada pilihan raya umum 2013, maka mereka akan pergi menyelamatkan diri mereka daripada kejatuhan itu.



Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top