.... Video JPJ Saman: Pemuda Kena Kencing Hancing Melalak Marahkan PM Najib | AAKJ



Sebuah video dimuat naik di Youtube, memuatkan rakaman seorang lelaki yang mengeluh kerana disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak memperbaharui cukai jalan.

Rakaman itu dimuat naik pengguna Internet menggunakan nama “Minah Tudung”.

Dalam rakaman 1.21 minit itu, kelihatan lelaki berkemeja T merah itu mengeluh di tepi jalan dengan berlatar belakang pegawai JPJ yang sedang menjalan tugas di belakangnya.

“Hari ini saya disaman oleh JPJ di lebuh raya Bukit Kayu Hitam dan saya minta untuk Najib Tun Razak meletakkan jawatannya dengan segera kerana telah banyak menyusahkan raktat Malaysia.

“Dan kami minta polis segala menangkap Najib Tun Razak,” katanya.

Rakaman itu, menurutnya dibuat di kawasan sempadan Kedah-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

Dalam loghat Kedah, lelaki berbaju merah dalam umur dalam lingkungan 30-an itu mendakwa harga insurans motosikalnya telah menjadi mahal daripada RM100 kepada RM135.

“Pihak insurans mengambil banyak sangat kos daripada rakyat,” katanya,

Untuk memperbaharui cukai jalan, seseorang itu perlu membayar insurans baru kenderaan terlebih dahulu.

Kesiankan. Mentaliti rosak yang suka menyalahkan orang lain walaupun diri yang bersalah. 


Masa mula-mula nak beli motorsikal dia tak pernah fikir akan kos-kos sampingan termasuk kos penyelenggaraan motorsikal dan amat pelik sekiranya beliau tidak tahu wujudnya tanggungjawab untuk membayar cukai jalan sebanyak RM2 setahun dan insuran pula adalah berkadar dengan nilai kenderaan yang kita miliki. 

Makin lama umur kenderaan kita maka makin berkuranglah nilai insuran tersebut. Hairan, kenapa insuran beliau makin naik. Syarikat insuran mana yang beliau maksudkan itu?

Tambah pula insuran tersebut adalah untuk keperluan ketika berlaku kemalangan dan kecurian. 


Apakah JPJ lupa untuk cekup pemuda ini dan bawa ke balai polis supaya dapat dijalankan ujian air kencing. Mana tahu dia kena kencing dengan pembangkang atau dia mungkin tengah stim...


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top