.... Video 'Go-Kart' Ragut 2 Nyawa Di Kuantan | AAKJ





Keriangan sekumpulan penonton yang menyaksikan perlumbaan Educational Innovation Motorsport Automotive Race (EIMARace) di Indera Mahkota, di sini, bertukar tragedi apabila dua beranak maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas dirempuh sebuah go-kart, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi, kesemua mangsa bersama-sama penonton lain sedang menyaksikan acara bagi kategori 131cc semasa lap ketujuh.



Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Sementara itu, polis mengesahkan mangsa yang meninggal dunia adalah seorang lelaki berusia 30-an bersama anak perempuannya berusia 4 tahun.

Difahamkan, susulan kejadian itu, pertandingan bagi kategori 250cc dibatalkan.

Beberapa keping gambar dan video kemalangan ini turut tersebar menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen menuding jari kepada pihak pengurusan program ini yang disifatkan tidak mengutamakan keselamatan. – MYNEWSHUB




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top