.... Skandal Rasuah Rumah Murah: Bapa Adun Dap Direman Tujuh Hari | AAKJ



Bapa seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes rasuah bagi mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Muna Maria Azmi selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.

Pesara berusia 68 tahun itu tiba di Bahagian Reman pada 11.20 pagi dan keluar kira-kira 50 minit kemudian.

Tahanan reman itu akan berakhir pada 8 Sept ini.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Semalam SPRM menahan lelaki itu bagi membantu siasatan dakwaan kes rasuah untuk mendapatkan rumah mampu milik di negeri ini.

Isu urusan 'rasuah untuk rumah' itu terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top