.... Skandal Pembelian Rumah Murah: Bapa Adun Dap Sudah Ditangkap? | AAKJ



ISU rasuah pembelian rumah kos rendah di Pulau Pinang sedang hangat diperdebatkan. Tambahan pula, jenayah rasuah terbabit melibatkan bapa kepada ADUN DAP Sungai Pinang iaitu YB Lim Siew Khim.

Desas desus yang sedang viral di media sosial mengatakan bapa ADUN berkenaan telah ditangkap dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Namun begitu, sehingga ke saat ini, tidak ada sebarang pengesahan dibuat oleh mana-mana pihak berkenaan perkara tersebut.

Sebelum ini SPRM sedang mengesan bapa kepada Adun DAP Pulau Pinang untuk memberi kerjasama dalam siasatan terhadap urusan didakwa sebagai ‘rasuah untuk rumah’ bagi mendapatkan rumah mampu milik.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata, pihaknya sedang berusaha menjejaki Lim Kiat Seong, 68, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Setakat ini SPRM telah mengambil keterangan enam individu yang dipercayai terlibat dalam urusan seperti didakwa itu, dan siasatan masih berjalan.

Isu berkenaan terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri itu.

Toh Keong berkata, isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas, dan bapa Adun berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran, namun tidak mendapat rumah tersebut


PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top