.... PKR Lindungi Penipuan Dalaman Parti | AAKJ




AIDCNews – 03/9/16 –PKR melindungi penipuan dalaman parti semata-mata untuk memperlihatkan parti itu adil dan bersih di mata rakyat, kata Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Mengambil contoh apa yang berlaku terhadap dirinya, Chegubard berkata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli tahu berlaku pemalsuan dan penipuan tanda tangan untuk memecat keahliannya dalam parti, namun Rafizi mengambil langkah berdiam diri semata-mata untuk menjaga ‘kestabilan’ parti.

“Dipecat dengan surat tandatangan palsu kerana dedah korupsi Azmin….namun beranikah Rafizi bercakap benar,” soal Chegubard dalam Facebooknya yang turut melampirkan WhatsApp Rafizi berkaitan dengan insiden pemecatan itu.




“Ini “screen shot” YB Rafizi kepada beberapa pimpinan parti , 27 Ogos lalu … hari ini 3 September apa kesudahanya seperti saya telah jangka akhirnya semua akan senyap konon nak pertahan ‘kestabilan’ parti… mana perginya prinsip ?

“Kepada Sivarasa … jangan jilat Azmin sangat sampai berkilat… rakyat sedang melihat… antara pertahan prinsip integriti atau menjaga kepentingan peribadi…

“** Nurul dlm mesej itu ialah Nurul kerani Ibu pejabat Parti,” dedah Chegubard lagi.

Sebelum ini Chegubard turut melampirkan kenyataan Pengerusi PKR Johor Hassan Karimyang mempertikaikan cara ‘pemecatan’ Badrul Hisham Shaharin.



“Macam mana boleh pecat kalau tak ada mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) ? Dalam whatsapp sahaja (dibuat) mesyuarat. Boleh pecat ke ?

“Dalam surat pemecatan bertarikh 26 Ogos katanya dapat keputusan pecat 4 Ogos? Lembaga Disiplin nafi putus pecat… kalaupun dalam whatsapp jelas 18 Ogos pimpinan tak buat keputusan lagi tapi mana datang tarikh 4 Ogos tu ?

“Tahniah pada pemimpin yang tegas seperti Peguam Hassan Karim yang berani kata benar.

“Cuma nak tanya Peguam Siva benarkah anda yang tekan staff ibu pejabat untuk keluar surat dan palsukan tandatangan Rafizi pagi 26 Ogos sebab nak jilat pungkok Azmin ?

“Rasanya kalau semua pengundi Subang tahu kerja hang ni apa kata mereka ? Itu belum lagi skandal lain libat GLC… Susah betulkan kalau orang kiri jadi hamba duit ni…,” kata Chegubard.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top