.... Peniaga Warga Asing Menipu, Nama Pasar Selayang Tercemar | AAKJ



Berhati-hati jika membeli barangan basah di Pasar Selayang di sini, berikutan terdapat segelintir peniaga warga asing dikesan melakukan penipuan berat timbangan barangan dijual.

Lebih mengejutkan apabila barangan dibeli seperti ikan, sotong atau udang akan berkurang berat antara 150 gram hingga 300 gram bagi setiap satu kilogram dibeli pelanggan.

Tindakan itu diyakini bertujuan bagi mengaut keuntungan lebih tanpa pelanggan menyedari mereka ditipu dengan mudah.

Salah seorang mangsa Mohd Yusoff Abdullah, 43, berkata, dia menyedari ditipu selepas membeli sekilogram udang yang dijual pada harga RM23 pada pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, dia yang membeli udang itu daripada seorang peniaga warga Myanmar terkejut apabila mendapati udang dibeli itu hanya mempunyai berat sekitar 800 gram.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top