.... Paralimpik: Mahathir Kena Minta Maaf Kepada Mariappan Perumal | AAKJ



Semalam Malaysia dihadiahkan dengan tiga pingat emas daripada Paralimpik Rio. Pertama kali Malaysia mendapat pingat emas di sukan paralimpik Rio dan terus mendapat tiga pingat. Ketiga tiga pemenang pingat emas itu dijangka memenangi skim hadiah yang sama seperti atlet sukan Olimpik.

Pencapaian Paralimpik ada era Datuk Seri Najib lebih baik berbanding Mahathir. Najib mendapat 3 pingat emas, 1 perak dan 2 gangsa berbanding Mahathir yang hanya mendapat 1 perak dan 2 gangsa daripada 3 penyertaan di Sydney, Atlanta dan Barcelona (baca artikel ini)

Apa nasib penyumbang pingat paralimpik semasa zaman Mahathir? 

Siapa mereka? 

2 gangsa semasa zaman Mahathir itu dimenangi oleh Mariappan Perumal menerusi acara angkat berat bawah 60 kilogram. 

Mariappan memenangi pingat gangsa itu dua kali, satu semasa di Seoul (1998) dan satu lagi gangsa semasa di Barcelona (1992).



Apa yang Mariappan dapat? Mariappan mahu mensasarkan emas pada kejohanan di Sydney, Australia pada tahun 2000, tetapi hasrat tersebut tidak kesampaian. Kini (2016), Mariappan sudah berusia 58 tahun.

Sepuluh tahun lepas, Mariappan menyatakan mahu bersara selepas sukan paralimpik di Beijing pada tahun 2008. Mariappan telah hilang kerja sejak majikannya, Matheson PFC Group menutup syarikat pada 2006. Dibayar RM15,000 sahaja kerana berkhidmat selama 15 tahun di syarikat tersebut. Hanya mendapat RM320 wang saraan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“I have no steady income to provide for my family. My children are still studying. I have to pay for their education, tuition, school bus, bills, daily home requirements and others,”

Luahan hati Mariappan tentang nasib dirinya dalam akhbar The Star pada 29 Oktober 2014. Salah siapakah semua ini? Diharap pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara dapat mempertimbangkan penghargaan yang sewajarnya kepada atlet atlet paralimpik yang sudah memenangi pingat untuk negara pada zaman zaman Mahathir ini.

Mahathir langsung tidak pandang dan hargai jasa mereka. Bukannya ramai pun yang menang pingat pada zaman Mahathir, hanya dua orang sahaja. Kenapa Mahathir boleh terlepas pandang?



Mahathir hanya sibuk dengan kroninya sahaja, tidak kisah langsung pasal nasib mereka yang pernah harumkan nama negara. Ketika 3 orang atlet paralimpik negara memenangi pingat emas pun, fan page totok Mahathir iaitu Kelab Che Det tidak ada pun rasa hendak hargai mereka.

Tengoklah apa nasib yang terjadi pada Mariappan Perumal, kasihan dia. Mahathir kena minta maaf pada Mariappan Perumal.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top