.... Najib Dan Mahathir Bertarung Hingga Ketitisan Darah Terakhir | AAKJ




Sekiranya anda tidak perasan, berdasarkan kenyataan de facto Ketua Pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan kebelakangan ini, “no quarters asked ” di kedua-dua belah pihak. Pendek kata, ini adalah satu lagi cara untuk mengatakan yang mereka “take no prisoners”, yang bermakna ini adalah pertarungan hingga ketitisan darah terakhir, yang mana akan hanya ada seorang pemenang.

Najib menyedari perkara ini dan tidak ada cara lain. Memandangkan umur Mahathir dan hakikat dia tidak mempunyai banyak masa, seperti Najib, beliau akan lakukan apa sahaja. Jika Mahathir tidak nekad “kamikaze” maka dia pasti akan hilang segala-galanya.

Malah, berdasarkan kedudukan Muhyiddin Yassin, ia terumbang-ambing menjurus kepada hilang semua. Pertandingan ini hanya ada hadiah pertama dan tiada perak atau tembaga, untuk dimenangi, jika anda tidak memenangi hadiah pertama maka “game over” untuk Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.

Muhyiddin merasai sedikit penyesalan kerana memulakan sesuatu yang dia kini tahu tidak boleh menang. Walau bagaimanapun, pada masa itu, pada pertengahan tahun 2014, ia kelihatan seperti akan berjaya dan Najib akan tinggal sejarah paling lewat pada Julai 2015. Lebih penting lagi, dia berfikir bahawa kekalahan Najib akan membawa keuntungan kepada beliau; bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila Najib jatuh.

Sekarang Muhyiddin tahu dia hanya digunakan sebagai batu loncatan dan tujuan sebenar adalah menjadikan Mukhriz Perdana Menteri. Jika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pun hanya untuk sementara saja iaitu separuh penggal selepas itu Mukhriz akan mengambil alih. Realiti baru sahaja mula difahami Muhyiddin, yang membuktikan dia seorang yang bodoh jika dia baru menyedari perkara ini sedangkan kebanyakan kita tahu berkenaan perkara tersebut selama ini.

Rasa penyesalan yang lebih besar buat Muhyiddin memandangkan dia bersetuju untuk menurut pemimpin yang telah menyambut hari jadi ke-90 dan tidak mempunyai banyak masa lagi. Apabila anda mengikat diri kepada seseorang, anda mengikat diri anda untuk masa depan. Muhyiddin mengikat dirinya kepada masa lalu. Bak kata pepatah, “there is no future in the past. The future lies in the future”.

Langkah bodoh Muhyiddin seperti ISIS yang bermimpi untuk membawa kembali Empayar Ottoman atau orang-orang Jerman yang masih bermimpi Reich Ketiga. Jadi apa lagi yang mereka impikan, kembalikan Kesultanan Melaka, Sarawak dipulangkan kepada keluarga Brooke, Johor bergabung dengan Riau supaya Empayar Bugis boleh kembali berkuasa?

Kita perlu realistik. Era Mahathirisme telah berakhir. Hari ini kita bercakap tentang globalisasi dan media sosial. Mahathir dan Malaysia berkait seperti keluarga Brooke dengan Sarawak atau ISIS dengan Turki. Dan ini adalah “wakeup call” yang Mahathir tidak sedar lagi manakala Muhyiddin masih menggosok mata dan tidak sedar sepenuhnya.

Malah saya yang hanya berumur 65 tahun, menyedari umur saya dan meninggalkan perlumbaan motosikal dan tarian disko. Dan yang pasti Kamasutra tidak ada dalam kamus saya, walaupun saya kebetulan mempunyai perempuan simpanan Cina yang lebih muda di sebelah. Dengan enam cucu orang mengharapkan saya untuk bertindak seperti umur saya – dan untuk seseorang yang berumur 91tahun dan masih cuba menjadi Perdana Menteri atau de facto Perdana Menteri agak terlalu bercita-cita tinggi walaupun untuk seorang yang berdarah Bugis seperti saya.

Muhyiddin mungkin bangun setiap pagi, melihat bagaimana penat dia dalam cermin, dan menanya dirinya sendiri, “Sigh … what the fook have I done? Bagaimana saya boleh menjadi begitu bodoh? Saya bermula sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kini saya tidak mempunyai apa-apa. Mungkin saya perlu berkahwin dengan perempuan simpanan Cina saya untuk menghentikan segala perbincangan mengenai saya mempunyai hubungan dengan isteri orang lain. “

Mahathir mungkin juga melihat dirinya dalam cermin setiap pagi dan berkata, “Sigh … what the fook have I done? Bagaimana saya boleh menjadi begitu bodoh? Saya meletakkan kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk membantu menjadikan anak saya Perdana Menteri dan kini saya tidak mempunyai apa-apa. Dan kuda bodoh saya pula mungkin perlu berkahwin dengan perempuan simpanan Cina untuk menghentikan segala perbincangan mengenai beliau mempunyai hubungan dengan isteri orang lain. Sekurang-kurangnya ia boleh membantu mendapatkan undi Cina apabila Muhyiddin memberitahu mereka dia bukan anti-Cina apabila ia berkaitan dengan seks. “, menurut Raja Petra.

Hari ini, mungkin kerana dia muflis isu, Muhyiddin telah melabelkan Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad sebagai ‘yes man’ (yang anda boleh baca di bawah). Yang mengingatkan saya peristiwa tahun 1987 apabila Muhyiddin menjadi “yes man” kepada Mahathir dalam perebutan kuasa Team A lawan Team B.

Muhyiddin sebenarnya orang Tun Musa Hitam, tetapi kemudian beliau tidak pasti pihak mana yang akan menang. Jadi Muhyiddin menyokong kedua-dua belah pihak untuk selamat. Kemudian, apabila Mahathir menang, Muhyiddin dengan segera membuang Musa dan menyokong Mahathir. Dengan itu Mahathir melantik Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor, jawatan yang menjadikan dia kaya.

Secara peribadi, sudah tentu, Muhyiddin memberitahu rakan-rakannya yang dia sebenarnya menyokong Musa tetapi untuk kepentingan politik beliau perlu menyokong Mahathir dan dilihat sebagai “yes man” beliau. Mahathir tidak akan menerima kurang daripada itu. Apabila Mahathir menjadikan beliau Menteri Besar Johor yang baru, Muhyiddin tahu dia membuat pilihan yang tepat dan menjadi “yes man” Mahathir amat berbaloi.

Bukankah prasyarat untuk pembangkang, perlu menjadi “yes man”? Apabila Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim menolak untuk menjadi “yes man@ Anwar Ibrahim, mereka menggulingkan beliau. Apabila saya enggan untuk menjadi “yes man” Anwar mereka hentam saya juga.

Pada tahun 2008, apabila Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin enggan jadi “yes man” Anwar, mereka cuba untuk menggulingkan beliau dan berakhir dengan penyingkiran keseluruhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Apabila Abdul Hadi Awang enggan jadi “yes man” PKR dan DAP, mereka cuba untuk menggulingkan beliau dan apabila mereka gagal mereka menendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat dengan membentuk PAN dan Pakatan Harapan.

Sejarah pembangkang penuh dengan insiden orang dijatuhkan kerana mereka enggan menjadi yes men kepada pemimpin-pemimpin tertentu. Dan seluruh kerjaya politik Muhyiddin adalah berdasarkan kepada beliau sebagai “yes man” kepada mereka yang berada di atas termasuklah Sultan dan hartawan Cina, menurut Malaysia Today.

Penasihat PM: Saya Adalah ‘yes man’, begitu juga Muhyiddin

(The Star) – Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, beliau adalah “yes man” seperti yang dituduh oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau percaya kepada visi Perdana Menteri Malaysia.

Membalas serangan dalam perang mulut beliau dengan Muhyiddin, penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga melabelkan pemimpin Umno yang dipecat itu sebagai “yes man” dengan menjadi boneka Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perdana Menteri tetap komited untuk mempertahankan agama, bangsa, dan negara. Atas sebab ini saya telah menyokong dan bekerja untuk beliau selama 20 tahun. Jika itu membuatkan saya ‘yes man’, maka saya berbangga menjadi orang tersebut.

“Ironinya ialah Muhyiddin sendiri adalah ‘yes man’ tetapi dalam kes beliau, dia tidak berpandukan prinsip atau nilai-nilai murni,” kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan.

Katanya, Muhyiddin dan Dr Mahathir “onslaught of smears and lies” tentang 1Malaysia Development Berhad yang bertujuan untuk mencapai cita-cita politik kepentingan diri sendiri.

Tengku Sariffuddin juga mengisytiharkan bahawa rampasan kuasa yang didalangi oleh Dr Mahathir telah gagal, sambil menambah bahawa Muhyiddin perlu menyalahkan diri sendiri atas pemecatan beliau dari Kabinet dan Umno.

“Sekarang Tan Sri Muhyiddin mempunyai pilihan terhad untuk meneruskan pertempuran ini, walaupun dia tahu dia telah kalah.

“Tan Sri Muhyiddin sepatutnya melakukan perkara yang betul untuk negara, rakyat, dan parti itu yang memberinya begitu banyak perkara – dan beransur-ansur hilang secara senyap-senyap,” katanya.

Tengku Sariffuddin telah mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa lepas, mendakwa Muhyiddin orang yang kecewa dan terdesak selepas gagal untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai apa sahaja dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Muhyiddin bertindak balas dengan memanggil Tengku Sariffuddin yang “cat paw”Perdana Menteri, dengan mendakwa bahawa dakwaan palsu yang dibuat terhadapnya oleh penasihat PM itu mencerminkan bagaimana rendah “yes man” Najib sanggup lakukan.



Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top