.... Mukhriz Desak Laluan Bertanding Di Dun dan Parlimen? | AAKJ



PILIHAN Raya Umum ke 14 (PRU14) kini menjadi topik yang cukup hangat diperdebatkan dikalangan pemerhati politik tanahair. Malah beberapa pihak dengan beraninya telah mencabar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar bertanding di Parlimen Jerlun pada PRU14 sekiranya beliau merasakan rakyat masih menyokongnya.

Namun menurut sumber-sumber dalaman, Mukhriz dikatakan bakal bertanding di Parlimen Langkawi dan juga Dun Ayer Hitam. Para penganalisis politik melihat tindakan Mukhriz ini sebagai langkah terdesak untuk mencari “kerusi selamat” memandangkan prestasi beliau sebagai Menteri Besar Kedah sebelum ini amat buruk.

Selain daripada itu juga, Langkawi dilihat sebagai kubu kuat Mahathir. Banyak projek telah dibangunkan oleh beliau di pulau lagenda Mahsuri ini. Ramai pihak dikatakan turut terhutang budi terhadap Mahathir maka kebarangkalian Mukhriz menang disini amat tinggi.

Sebelum ini Haris Che Mat, bekas Pegawai Khas Politik Mukhriz, mendakwa bekas menteri besar Kedah itu takut bertanding di kerusi Parlimen Jerlun.

Sebaliknya, Mukriz memilih bertanding di kerusi Petaling Jaya Utara atau Puchong, kata Haris yang juga Naib Ketua Umno bahagian Pokok Sena.

“Jika ia benar, maka saya minta Mukhriz bertanding di Jerlun dan bapanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di (Parlimen) Kubang Pasu pada PRU14 nanti.

“Sekiranya Tun Dr Mahathir tidak berani isytihar bertanding pada PRU14, eloklah beliau pencen terus daripada politik,” katanya.

Dr Mahathir dan Mukriz adalah antara yang menganggotai parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang ditubuhkan baru-baru ini.


1. Saya merasa amat hairan dan pelik mengapa setelah hampir sebulan lamanya Dato Mukhriz masih enggan atau cukup takut untuk membuat pengakuan bersumpah yang beliau tidak tahu menahu tentang usaha pihak tertentu untuk sabotaj IPO 1MDB. Inilah punca 1MDB jadi masalah yang Tun Mahathir pergi heboh satu dunia. Ini satu penganiayaan terhadap Perdana Menteri.

2. Saya dapati ramai rakyat dah mula berkata apabila Dato Mukhriz membisu maka ini beri tanggapan bahawa Dato Mukhriz sememangnya tahu atau mungkin terlibat dalam komplot untuk gulingkan Perdana Menteri melalui fitnah dan pembohongan.

3. Nampaknya sudah ada tanda-tanda yang Dato Mukhriz akan ikut tabiat buruk bapa dia Tun Mahathir yang banyak buat fitnah dan bohong iaitu RM42 billion lesap. Saya juga meramalkan yang satu hari nanti Dato Mukhriz juga akan jilat balik apa yang dia ludah kepada Perdana Menteri. Bapa borek anak rintek.

4. Sebagai Pegawai Khas Politik Dato Mukhriz saya amat kenal perangai dan tabiat anak dan bapak. Mereka bagitu taksub dengan harta dan kemewahan sehingga tak ada prinsip dan maruah. Yang penting bagi mereka ini adalah matlamat dan kepentingan diri. Maka sebab itu yang saya lansung tidak hairan apabila Tun Mahathir jilat balik air ludah dia sendiri di mahkamah Kuala Lumpur pada 5hb September.

5. Saya dengar desas desus mengatakan pada PRU 14 nanti, Dato Mukhriz takut bertanding di kerusi Parlimen Jerlun dan mungkin akan bertanding di kubu kuat DAP sama ada Petaling Jaya Utara atau Puchong. Jikalau ianya benar, maka saya cabar Dato Mukhriz untuk bertanding di Jerlun dan Tun Mahathir bertanding di Kubang Pasu pada PRU 14. Jikalau Tun Mahathir tak berani isytihar sekarang yang beliau akan bertanding pada PRU 14 maka elok beliau pencen terus politik.

Haris Che Mat
Naib Ketua Bahagian
UMNO Pokok Sena, KEDAH.





Sumber : PRU14tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top